MINYAK ZAITUN, CUKA BUAH TIN & GASTRIK


Gastritis:

Gastritis ataupun di sebut gastrik oleh orang awam merupakan radang pada lapisan perut di sebabkan oleh penghasilan jus gastrik yang bersifat asid secara berlebihan. Ianya boleh berubah menjadi ulser dengan serangan bakteria H-pylori menyebabkan pendarahan usus.


MINYAK ZAITUN membantu membentuk selaput pada lapisan perut yang terlibat seterusnya menghalang hakisan.Sifat antibakterial olive oil juga boleh mengawal aktiviti bakteria H-pylori dari menyerang lapisan perut yang lemah.

Fig vinegar-Acetic acid yg terkandung di dalamnya memberi signal kepada perut bahawa asid bagi proses penghadaman sudah mencukupi seterusnya mengurangkan penghasilan jus gastrik berlebihan. Ambil bersama segelas air 30 minit sebelum makan untuk mendapat faedah yang optimum.

Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap. Bahagikan waktu makan dari 3 kepada 6 agar makanan sentiasa ada di dalam perut dan jus gastrik bertindak kepada makanan dan bukan lapisan perut. 

Elakkan makanan yang merangsang penghasilan jus gastrik seperti kopi dan coklat. Bagi simptom gastritis/pedih ulu hati yang dialami,amalkan MZ & SCT bersama segelas susu.

Sumber: Olive House Medic & Business.





Sari Cuka Teen Ialah Penawar Untuk Gastrik

Cuka Teen adalah di antara makanan sunnah yang harus dimasukkan dalam diet harian untuk menjaga kesihatan dan mencegah penyakit kronik terutamanya kencing manis, tekanan darah tinggi dan kanser. Ia juga merupakan penawar bagi masalah gastrik.

Seringkali apabila saya syorkan Cuka kepada pesakit saya yang ada masalah gastrik (gastritis), kebanyakan mereka akan rasa terkejut, risau, takut, was-was dan kurang yakin. Bukankah cuka itu masam dan berasid, tajam dan bisa?

Ya benar, Cuka Teen dan cuka dari lain-lain buah seperti Tamar, anggur, epal, ceri dan mulberry adalah bersifat asid, tetapi apabila diminum, cuka ini akan mengalkalikan makanan lain dalam perut kita. Sesuatu makanan yang bersifat asid tidak semestinya kekal pHnya (keasidan atau kealkalian) dalam perut.

Cuka buatan adalah cuka yang menambahkan lagi masalah gastrik kerana cuka ini kekal berasid walaupun dalam perut. Cuka ini tiada khasiat atau nutrisi.

Sebaliknya, Cuka Teen mengandungi potassium selain dari vitamin C dan lain-lain mineral. Cuka yang di buat dengan proses semulajadi juga mengandungi enzim-enzim yang hidup.

Ada makanan yang sangat berasid tetapi apabila dimakan, akan mengalkalikan makanan lain dalam perut seperti buah-buahan sitrus, beri, nenas, tomato. Walaupun buah-buahan citrus seperti lemon, limau oren dan limau nipis adalah sangat berasid, namun asidnya iaitu asid sitrik menjadikan makanan lain beralkali.

Dan seperti juga jus buah-buahan sitrus, Cuka Teen dan sebagainya yang sangat bersifat asid, juga berfungsi sebagai penawar yang menjadikan perut kita beralkali.

Darah dan sel tubuh manusia perlu berada dalam keadaan beralkali, dan pH dalam perut, iaitu pilihan makanan kita adalah penentu tahap keadaan yang sihat ini. Untuk berada dalam keadaan ini, 60% dari makanan kita perlu terdiri dari makanan yang mengalkalikan perut, manakala hanya 40% dari makanan yang menghasilkan asid dalam perut patut dimakan.

Bagi orang-orang yang mengalami penyakit kronik terutamanya kanser di mana keadaan darah dan sel perlu dijaga dengan baik, 80% dari pemakanan mereka mestilah dari kumpulan yang mengalkalikan perut, dan hanya 20% dari makanan yang mengasidkan perut.

Asid gastrik adalah cecair yang di hasilkan dalam perut untuk proses penghadaman terutamanya protin. Cecair ini bersifat asid dengan pH serendah 1 atau 2. Masalah gastrik berlaku apabila terdapat keradangan pada dinding usus dan mengeluarkan jus gastrik yang berlebihan.

Di antara makanan yang menjadikan perut berasid ialah jagung, kebanyakan bijirin, keju, kopi, koko, kebanyakan minyak sayuran, kacang soya, walnut, peanut dan gajus, kebanyakan protin binatang namun makanan-makanan ini mempunyai khasiat yang lain-lain yang baik untuk kesihatan. Oleh itu, sumber pemakanan yang 20% yang mengasidkan perut harusnya datang dari pemakanan dari kumpulan ini.

Pemakanan yang mengasidkan dan tiada khasiat yang baik bagi tubuh malah membahayakan kesihatan adalah seperti aiskrim, air berkarbonat, cuka buatan dan ubat-ubatan kimia atau dadah dan alkohol (arak)






Next Post Newer Post Previous Post Older Post Home