MINYAK ZAITUN DAN BUASIR

BUASIR

Buasir atau hemoroid adalah penyakit yang terjadi pada bahagian dubur. Penyakit ini dapat di kesan apabila saluran dubur membengkak. Ianya boleh berlaku sama ada di dalam dubur atau di kawasan luar. Biasanya pesakit akan berasa sakit kesan tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit.

Bengkak itu terjadi di sebabkan oleh pengembangan saluran darah pada sel-sel yang melapisi saluran dubur. Selain bengkak pada saluran dubur, pendarahan semasa membuang air besar juga terjadi di sebabkan oleh luka apabila najis keras bergesel dengan buasir.

Terdapat empat peringkat atau darjah yang menggambarkan keseriusan penyakit tersebut :

Tahap 1
Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar.

Tahap 2:
Di sebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan kembali ke dalam (saluran dubur).

Tahap 3:
Keadaan yang sama seperti tahap dua, tetapi bengkak tersebut akan hanya berada di dalam setelah di tolak masuk secara fizikal.

Tahap 4:
Darah pekat keluar, menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran. Buasir akan berada di luar kawasan dubur.

 



 
Simptom-simptom Penyakit Buasir ialah :

• Rasa sakit yang berdenyut-denyut.
• Pendarahan berlaku selepas dan sebelum membuang air besar.
• Darah menitis dan tersembur keluar dari saluran dubur.
• Dalam tempoh pendarahan ini, pesakit itu boleh mengalami kekurangan darah.
• Ada yang tidak mengalami pendarahan, tetapi di kenali sebagai pembengkakan dubur. Bengkak ini keluar selepas membuang najis. Kadangkala untuk tempoh sementara, kurang sakit tetapi ada rasa gatal-gatal.

Faktor atau penyebab buasir ialah :

• Regangan yang melampau semasa pergerakan usus atau ketika sembelit.
• Golongan berumur kerana salur darah semakin lemah
• Cirit-birit yang kronik.
• Kurangnya pengambilan makanan berserat dalam diet harian.
• Mengandung atau bersalin.

Pencegahan Buasir



* Makan makanan berfiber tinggi. Makan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin berserat tinggi untuk memudahkan pembuangan air besar.

* Minum air yang banyak. Minum air 6-8 gelas air setiap hari. Elakkan alkohol.

* Jangan meneran. Meneran dan menahan nafas ketika membuang air besar menyebabkan tekanan yang tinggi pada salur darah di bawah rektum.

* Jangan bertangguh untuk membuang air besar. Jika anda melengah-lengahkannya, tinja akan kering dan susah di kumuh dan seterusnya akan menyebabkan sembelit.

* Bersenam. Bersenam dapat mengurangkan tekanan pada salur darah yang menyebabkan buasir dan ia juga dapat mengurangkan berat badan.

* Elakkan berdiri atau duduk terlalu lama. Duduk terlalu lama terutamanya di dalam tandas akan meningkatkan tekanan salur darah pada anus.



Next Post Newer Post Previous Post Older Post Home