Jika anda mengalami masalah kegemukan, berat badan, kembung perut atau untuk meningkatkan metabolisma badan, proses bekam akan dilakukan pada titik-titik ini. 


 

  • Kaedah bekam urut / luncur  dilakukan pada titik berdekatan dengan  ari-ari / kelamin dengan perlahan.
  •  Kaedah bekam darah / basah akan dilakukan pada titik-titik anggota seperti di atas.
  •  Pesakit disyorkan datang seminggu sekali sebanyak 3x sesi untuk mendapat kesan yang memberangsangkan. Rawatan ulangan 1 bulan sekali untuk mengekalkan kecergasan.
  •  
  •  Selepas berbekam, elok meminum air madu, milo atau air manis suam. Ini bertujuan untuk meyeimbangkan semula darah, mengurangkan rasa pening dan keletihan. Air suam juga elok diamalkan bagi membantu membersihkan organ dalaman dari bahan-bahan toksik yang ada dalam badan kita.

Keputihan adalah mimpi ngeri untuk setiap wanita. Ia terjadi apabila seseorang dalam keadaan stress, terdapat jangkitan pada alat kemaluan, tidak menjaga kebersihan atau pemakanan yang tidak seimbang. Keputihan akan mengganggu hubungan suami-isteri, mengurangkan keyakinan diri wanita dan menyebabkan ketidakselesaan terutamanya ketika hendak menunaikan solat.

Rawatan bekam sebulan sekali dapat menyembuhkan penyakit keputihan. Darah kotor yang dikeluarkan dari badan dapat meningkatkan imuniti tubuh untuk melawan kuman. Disamping badan akan menjadi lebih ringan seterusnya mengurangkan stress.

Rasulullah s.a.w bersabda:“Jika ada penyembuhan, maka itu terdapat pada sayatan alat bekam, madu dan ‘kay’ iaitu sundutan dengan api yang mengenai penyakit, akan tetapi aku tidak suka berubat dengan ‘kay’”. – Riwayat Ahmad dan Thabrani.

Rasulullah bersabda:“Tidaklah aku berlalu di hadapan sekumpulan Malaikat pun pada malam aku diisra’kan, kecuali masing-masing dari mereka pasti mengatakan kepadaku, ‘Muhammad, Perintahlah umat kamu agar berbekam’”. – Riwayat Tabrani

Penyakit Senggugut adalah simptom sakit perut kerana masalah ketidaklancaran pengeluaran darah haid ketika period dan ia kerap berlaku pada wanita bujang. Bagi menlancarkkan semula pengeluaran darah haid setiap bulan,anda disyorkan berbekam sebulan sekali secara konsisten.



 
Titik bekam bagi masalah senggugut ialah di kawasan tengkuk, pingang dan pinggul serta dikawasan bawah pusat,insyaAllah kitaran haid anda lancar dan tidak lagi sakit ketika waktu period.
 
 
         Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:
 “Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT” 
(Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)
 
 
 
 
Next Post Newer Posts Previous Post Older Posts Home