SOALAN:
Saya ingin bertanya. Benarkah jika seorang isteri sering lebam di peha, bermaksud itu adalah gangguan pelesit? Dan ada yang beritahu saya, apabila sering diganggu begitu, si isteri akan sukar untuk hamil.
Jika ia benar, bolehkah ustaz berikan amalan, ayat atau kaedah untuk 'menghapuskannya' yang boleh dilakukan sendiri tanpa perlu berjumpa dengan perawat?


JAWAPAN:
Assalammualaikum WarahmatULLAHi Wabarakaatuh, salam yaumul Mazid.
Semoga hari ini menjadi lebih baik dari semalam dan menjadi sebaik-baik rancangan untuk hari seterusnya.
Merujuk kepada persoalan di atas. Jawapan mudahnya, TIDAK, sama sekali TIDAK BENAR.

Adapun lebam pada paha itu merujuk kepada masalah rahim terlalu mengecut atau mudah cerita rahim sedang bermasalah. Maka pendarahan dari vascular utama tidak lancar, yang mana vascular untuk rahim dan juga kelakian adalah pada sekeliling paha.

Maka, tiada ditolak akan kebenarannya, jika lebam di paha itu antara faktor seseorang itu susah hamil, tetapi yang jelas bukan faktor perkara mistik semata. Lazimnya bagi yang mengalami masalah lebam di paha ini, adalah dari kalangan mereka yang mengalami masalah sengugut (dysmenorrhea/ period pain / Premenstrual dysphoric disorder - PMS) yang agak menyusahkan.


Banyak faktor yang perlu dikaitkan untuk kaitkan lebam pada tubuh dengan perkara mistik. Antaranya adalah lebam tersebut disertai dengan kesan gigi dan ada kesan darah.

Perlu berhati-hati, lebam yang kerap pada tubuh, itu menunjukkan ada masalah dengan sel darah merah (eritrosit) dan juga sel darah putih (Leukosit), Hemoglobin (HB) yang tidak seimbang, malahan boleh mengundang masalah Thalassemia atau boleh jadi juga symptom leukemia.

Jadi, untuk mengelakkan dan merawat masalah tersebut :
1) Elakkan atau kurangkan minum Ais atau air yang sejuk.
2) Kurangkan makanan yang bersifat sejuk.
3) Amalkan Madu + H/Sawda + Kurma setiap pagi sebagai sarapan.
4) Amalkan meminum pati delima sebelum tidur.
5) Lakukan riadah secara berkala.


Untuk menceritakan lebam berkaitan masalah gangguan makhluk halus, hal tersebut banyak yang perlu dikaitkan dan tidak hanya bergantung kepada symptom lebam sahaja. Cumanya masalah di atas, bukan masalah lebam disebabkan gangguan.

Semoga beroleh manfaat dari ALLAH. InsyaALLAH.

-Ditulis oleh AlFadhil Ustaz Wan Asrul
Mohd Haidar dari Simpang Pulai mempunyai masalah sakit pinggang dan sakit belakang dalam tempoh agak lama.

Beliau telah membuat Terapi Yumeiho untuk pertama kali. Selepas terapi beliau rasa badannya lebih ringan dan selesa.

Berikut adalah Testimoni beliau selepas 4 hari menerima terapi. 
Alhamdullillah kesembuhan itu milik Allah swt. Semoga beliau beroleh kesembuhan sepenuhnya.


 

Perhatian dan makluman 
kepada semua pelanggan 
Pusat Terapi Assyifa Nur Hikmah.

Pusat Terapi akan beroperasi seperti biasa sepanjang bulan Ramadhan mulai jam 10.00 pagi hingga 4.30 petang.  

Sila buat temujanji sebelum datang.

Sila tepati masa seperti yang telah disepakati bagi mengelakkan pertindihan masa temujanji pelanggan lain.  

Sila menghormati masa. Hormati juga masa orang lain yang menunggu.

Mudahkan urusan orang lain, insyallah Allah SWT akan memudahkan urusan kita.
















Antara Kaedah Terapi Akupunktur yang dijalankan di Pusat ini, adalah:
1) Melancarkan Aliran Darah.
2) Mengurangkan Masalah Resdung.
3) Membantu mengurangkan Risiko Migrain Kronik.
4) Slimming (Pembakaran Lemak) pada Perut, Paha, Lengan.
5) Darah Tinggi (Hypertensi)
6) Kencing Manis (Diabetes)
7) Mengurangkan kadar kolesterol.
8) Mengurangkan Masalah Sakit Jantung
9) Akupunktur Kosmetik (Mengurangkan kedutan, Eye Bag)
10) Kecerdasan Minda 
11) Mengurangkan risiko Masalah Lupa.
12) Mengurangkan risiko Sakit Pinggang.
13) Mengurangkan Masalah Stress dan Letih
14) Mengurangkan risiko Sakit Gigi/ Gusi
15) Masalah Kencing Tak Lawas atau Kerap Kencing
16) Mengurangkan risiko masalah Gastrik
17) Mengurangkan risiko Sengugut.
18) Mengurangkan risiko Asma (Lelah)
19) Mengurangkan risiko Lenguh Kaki dan Sakit Tumit
20) Mengurangkan risiko Sakit Lutut
21) Mengurangkan masalah Kulit (Parut, Jeragat, Kayap, Panau, Bisul, Jerawat).
22) Mengurangkan masalah Usus
23) Mengurangkan risiko Sakit Tulang Belakang.
24) Mengurangkan risiko Sakit Belikat.




 
Next Post Newer Posts Previous Post Older Posts Home