Sumber: drlucianodiloreto.wordpress.comSeorang pesakit saya telah pergi ke Negara China untuk melancong. Akibat terlalu lama berjalan kaki, dia mendapat keradangan pada kedua-dua buku lalinya. Sendi-sendinya terlalu banyak digunakan dan kurang mendapat rehat. Ini sebenarnya masalah yang kecil seandainya dia tidak pergi melawat tabib Cina dan dirawat dengan merendam kakinya ke dalam sebesen air panas ketika di sana. Ini ialah salah satu cerita yang saya dengar setiap hari dalam amalan saya sebagai seorang ahli fisioterapi. Timbul satu persoalan: Bilakah sebenarnya kita menggunakan ais atau berapa lamakah tempoh suatu kecederaan itu sehingga sepatutnya dirawat dengan haba?

Sebelum kita pergi lebih lanjut, marilah kita bincang bagaimana tubuh badan kita menangani kecederaan, atau khususnya keradangan yang mempunyai ciri-ciri seperti rubor (kemerahan), tumor (bengkak), calor (hangat) dan dolor (sakit). Ini salah satu mekanisme pertahanan semulajadi tubuh kita untuk menangani kecederaan. Ianya satu perkara yang baik. Misal kata, anda terluka di lengan, saraf yang terlibat menghantar isyarat “sakit” ke otak akan diaktifkan dan memberitahu otak bahawa ada kecederaan berlaku.

Sepertimana luka-luka terbuka biasa, bakteria akan mula masuk dan menyebabkan jangkitan. Untuk menghalang ini daripada berlaku, tisu-tisu sekeliling luka itu akan membengkak untuk menjadi benteng, diikuti dengan pertambahan aliran darah ke tisu yang cedera. Ini menyebabkan kemerahan dan rasa hangat. Proses ini digelar kecederaan akut dan mengambil masa kira-kira dua hari atau lebih, bergantung kepada keparahan luka atau jenis sakit yang dirasa; sakit yang tajam. Jika sakitnya tumpul atau sengal-sengal selepas tamat fasa akut, ini petanda kecederaan tadi tidak sembuh sepenuhnya dan tisu parut telah menjadi masalah pula. Ini dinamakan kecederaan kronik.

Sekarang kita sudahpun tahu bagaimana badan kita bertindak ketika berlakunya kecederaan, mari kita bincang bagaimana badan kita menangani perubahan suhu tinggi dan rendah. Apabila kita hangatkan tubuh, salur darah akan mengembang, menambahkan aliran darah dan menjadikan tisu lembut lebih lentur. Ini menenangkan tubuh dan mengurangkan rasa sakit. Jika rawatan sejuk dibuat pada badan, haba akan dipindahkan dari tubuh kepada ais, lantas menyejukkan tubuh. Bergantung kepada selama mana pendedahan kepada ais, rasa kebas akan timbul. Pendedahan kepada ais terlalu lama, terutamanya apabila sentuhan langsung kulit dengan ais akan menyebabkan reput fros, ertinya tisu akan mati.

Maka, gabungka/sendi sekelilingnya terasa lebih kaku daripada normal, bolehlah gunakan terapi haba. Contoh terapi haba termasuklah mandian panas, pek panas, krim hangat dan lampu hangat. Masa maksimum penggunaan ialah purata 20 ke 30 minit dan sentiasa dilapik kain nipis untuk mengelakkan kelecuran. Jin dua teori mudah ini, kita akan mula faham penggunaan haba dan ais untuk merawat kecederaan. Sentiasa letakkan ais DAHULU kepada kawasan kecederaan, dua kali sehari dan tidak lebih 20 minit setiap kali dengan lapik kain nipis untuk kira-kira seminggu Apabila kawasan kecederaan telah hilang merah, bengkak dan sakit yang tajam; dan tisuka digunakan dengan betul, rawatan sejuk dan panas bertindak mujarab ke atas kecederaan kecil (‘minor’) dan mengelakkan sakit yang lebih teruk. Sila berjumpa doktor jika sakit tidak sembuh atau bertambah teruk.

Encik Jonathan Goh ialah seorang ahli fisioterapi yang bertugas di Sarawak. Beliau sangat bersemangat meningkatkan kesedaran awam tentang isu-isu penting seperti osteoarthritis. 
Artikel ini diterjemahkan oleh Azizul Ismie Mohd Puad


Sumber: drlucianodiloreto.wordpress.com
  CREDIT TO : http://www.mmgazette.com



Source: medicalpoint.org


Cuba anda lihat pada pergelangan tangan anda sekarang. Adakah terdapat sebarang benjolan keras seperti guli? Ia biasanya lebih jelas kelihatan apabila anda bengkokkan pergelangan tangan anda.

Benjolan seperti guli ini mungkin adalah Ganglion. Ia adalah ketumbuhan tisu yang paling kerap terjadi pada sendi ini. 70 peratus daripada ganglion terjadi pada bahagian belakang (dorsum) pergelangan tangan iaitu ia muncul dari sendi scapholunate manakala bakinya pada bahagian permukaan depan (volar) dari sendi radiocarpal dan scaphotrapezial. Adakalanya ia terlalu kecil sehinggakan cuma boleh dilihat apabila pesakit membengkokkan pergelangan tangan.

Kandungan benjolan ini adalah campuran cecair sendi iaitu glucosamine, albumin, globulin dan Hyaluronic acid.

Simptom Pesakit

Kesan tekanan atau pressure effect akan mengakibatkan sebahagian pesakit akan mengadu ketidakselesaan akibat kehadiran ganglion ini apabila mereka hendak melakukan aktiviti menggunakan tangan. Kadangkala ganglion ini boleh menekan saraf yang berhampiran menyebabkan rasa kebas. Walaubagaimanapun, ia adalah tidak membahaya dan tiada risiko untuk berubah menjadi kanser.


Kenapa ia terjadi?

Ganglion terbentuk akibat kelemahan pada lapisan tisu yang melapisi sendi sehingga cecair synovial menolaknya keluar dan membentuk benjolan ini. Ia boleh terjadi pada mana-mana sendi namun lebih kerap terjadi pada pergelangan tangan. Terdapat 2 teori iaitu Teori Trauma dan Teori Keradangan (inflammation) yang cuba menjelaskan kenapa kelemahan tisu ini berlaku namun jawapan sebenarnya masih kekal misteri.


Dapatkan Pemeriksaan Segera

Secara peribadi, saya berpendapat anda perlu segera berjumpa doktor sekiranya terdapat sebarang benjolan atau kebengkakkan pada mana-mana anggota badan anda. Kita perlu pastikan bahawa ianya adalah sesuatu yang tidak bahaya. Selain daripada Ganglion, kebengkakan atau benjolan boleh disebabkan oleh ketumbuhan lain seperti Lipoma (ketumbuhan sel lemak), Sebaceous cyst (benjolan kelenjar peluh) ataupun Abscess (nanah).


Siasatan

Diagnosis Ganglion ini dibuat berdasarkan pemeriksaan klinikal. Secara umumnya anda tidak perlu menjalani imbasan X-ray. Sekiranya pembedahan diperlukan, darah mungkin perlu diambil sebelum anda dilihat oleh doktor bius.


Rawatan

  1. Tanpa Pembedahan – Ganglion yang tidak menimbulkan sebarang masalah boleh dibiarkan sahaja tanpa menjalani apa-apa prosedur atau pembedahan.
  2. Disedut keluar (Aspiration) – Risiko bagi ganglion tersebut kembali terjadi adalah tinggi iaitu 50 peratus.
  3. Pembedahan – Pembedahan dilakukan sekiranya ia menimbulkan masalah seperti sakit, kebas atau pesakit meminta ia dibuang atas sebab kosmetik dan sebagainya. Kebarangkalian ia kembali terjadi adalah lebih rendah iaitu 15-20 peratus. Selepas anda dibius, ganglion ini akan dibuang melalui satu torehan pada kulit. Prosedur ini boleh dijalankan secara Daycare (boleh balik pada hari yang sama selepas pembedahan) bergantung kepada kriteria-kriteria tertentu.

Pemeriksaan oleh doktor

Sekiranya anda mempunyai masalah ini, segeralah berjumpa doktor bagi memastikan masalah yang sebenarnya. Adakalanya kedudukan benjolan adalah begitu hampir dengan saraf dan salur darah dan perancangan teliti perlu dilakukan sebelum pembedahan dilakukan. Doktor akan melakukan pemeriksaan ke atas anda dan berbicang rawatan yang terbaik bersama-sama anda.


Artikel ini ditulis oleh salah seorang penulis tetap Malaysian Medical Gazette, Dr. Mahyuddin, seorang pakar bedah ortopedik yang bertugas di sebuah hospital di Pahang. Kenali beliau dengan lebih lanjut di laman The Team.


Rujukan

  • Review of Orthopaedics, 5th Mark D. Miller, page 84
  • Postgraduate Orthopaedics, Pau A. Banaszkiewicz. Cambridge University Press 2009, P302
CREDIT TO : http://www.mmgazette.com

Next Post Newer Posts Previous Post Older Posts Home