Showing posts with label Info Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Info Kesihatan. Show all posts

Ramai yang beranggapan minum air dalam kuantiti yang lebih banyak adalah lebih baik untuk badan mereka. Namun, ramai juga yang tidak mengetahui kesan bahaya sekiranya seseorang itu minum air secara berlebihan dari keperluan badan mereka.
Minum air melebihi jumlah yang diperlukan akan meningkatkan jumlah isipadu darah anda. Darah di dalam badan adalah terdiri daripada sistem peredaran darah yang tertutup. Sekiranya isipadu darah meningkat di dalam badan, ia akan membebankan jantung dan salur darah anda.

minum-airMinum air melebihi jumlah yang diperlukan akan meningkatkan jumlah isipadu darah anda.
Buah pinggang anda pula perlu bekerja ‘lebih masa’ untuk menapis air yang berlebihan keluar dari sistem peredaran darah dalam badan anda. Buah pinggang anda tidak boleh disamakan dengan paip di rumah anda yang mana semakin banyak air melaluinya, semakin bersih keadaan paip tersebut; tetapi sistem penapisan dalam badan pada buah pinggang anda adalah terdiri daripada beberapa siri kapilari khas yang dikenali sebagai glomeruli yang akan menukar darah kepada bentuk urine. Glomeruli anda boleh rosak disebabkan kesan haus dan geseran, dan jumlah air yang banyak di dalam badan juga merupakan salah satu sebab kerosakan buah pinggang.

Regangan fizikal seperti bersenam mengurangkan kebolehan buah pinggang untuk menghantar urine ke pundi kencing untuk dicernakan. Minum terlalu banyak sebelum atau semasa bersenam akan meningkatkan kandungan cecair di dalam badan dan otak, seterusnya menyebabkan sel otak mengembang dan menyebabkan sakit kepala, muntah-muntah, mual, dan boleh mengakibatkan kematian.

Untuk mengelakkan ini berlaku, minum air secukupnya untuk menghilangkan dahaga. Jika anda perlu minum dengan sangat banyak, minum air isotonic seperti Gatorade, 100 Plus atau air isotonic yang lain yang mengandungi vitamin dan elektrolit, bukan semata-mata air.

Oleh itu, berapa jumlah air yang optimum untuk kesihatan yang baik?

Jawapan kepada soalan ini bergantung kepada situasi masing-masing termasuk diet harian anda, amalan bersenam dan juga persekitaran. Apa yang anda benar-benar perlukan adalah cecair yang cukup untuk menggantikan apa yang anda hilang setiap hari samada dalam bentuk peluh, urine, pernafasan, dan proses tubuh yang lain. Itu semua memerlukan 8 – 10 gelas setiap hari.

Jika anda banyak memakan makanan yang mengandungi jumlah air yang banyak seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta serat penuh yang padanya terdapat lebih kurang 4 cawan cecair, anda peprlu menambah sekurang-kurangnya 4 – 6 gelas lagi air.
Jika anda tidak banyak menggunakan garam atau rempah ratus di dalam masakan anda, keperluan untuk minum air adalah lebih rendah. Sebaliknya, jika menambah pengambilan garam dan rempah ratus dalam makanan, anda perlu minum beberapa gelas air dalam sehari.
Tidak kira bagaimana diet harian anda, jika anda seorang yang selalu berpeluh disebabkan bersenam atau selalu terdedah kepada cuaca yang panas, anda perlulah minum air secukupnya untuk badan anda atau makan makanan yang mengandungi air berbanding mereka yang kurang berpeluh. Jika dalam situasi ini selepas anda minum 8 – 10 gelas sehari dan anda masih berasa dahaga juga, anda perlu minum dengan lebih banyak.


Rasa haus sebagai penunjuk!

Sesetengah yang percaya bahawa rasa haus tidak boleh menjadi petunjuk yang dipercayai untuk jumlah air yang perlu diminum. Ini adalah disebabkan kebanyakan yang mengalami simptom dehidrasi tidak berasa haus dan akibatnya mereka kurang air di dalam badan. Malah sesetengah mereka yang mengalami dehidrasi juga terdiri daripada mereka yang mengabaikan keadaan mulut mereka yang kering walaupun mereka tahu yang mereka sedang kehausan.

Sekiranya warna urine anda jernih, ia menunjukkan yang badan anda terhidrasi dengan baik manakala warna urine yang kekuningan menunjukkan yang anda perlu lebih air.

Ada juga yang berpendapat warna urine juga boleh menandakan samada seseorang itu sedang dehidrasi atau tidak. Sekiranya warna urine anda jernih, ia menunjukkan yang badan anda terhidrasi dengan baik manakala warna urine yang kekuningan menunjukkan yang anda perlu lebih air untuk sistem badan anda yang lebih baik. Selain itu, sesetengah perisa tambahan dalam makanan juga mempengaruhi warna urine anda.

Apapun, anda perlulah berhati-hati dengan pengambilan minuman dalam sehari serta mengambilkira diet harian, amalan bersenam, cuaca, dan rasa haus anda. Jika anda merasakan yang anda memerlukan air, ingat selain air, anda juga boleh mendapat bekalan air untuk sistem badan daripada beberapa jenis makanan.

Kredit to : 
Kevin Zahri Official Website
Sumber: drlucianodiloreto.wordpress.comSeorang pesakit saya telah pergi ke Negara China untuk melancong. Akibat terlalu lama berjalan kaki, dia mendapat keradangan pada kedua-dua buku lalinya. Sendi-sendinya terlalu banyak digunakan dan kurang mendapat rehat. Ini sebenarnya masalah yang kecil seandainya dia tidak pergi melawat tabib Cina dan dirawat dengan merendam kakinya ke dalam sebesen air panas ketika di sana. Ini ialah salah satu cerita yang saya dengar setiap hari dalam amalan saya sebagai seorang ahli fisioterapi. Timbul satu persoalan: Bilakah sebenarnya kita menggunakan ais atau berapa lamakah tempoh suatu kecederaan itu sehingga sepatutnya dirawat dengan haba?

Sebelum kita pergi lebih lanjut, marilah kita bincang bagaimana tubuh badan kita menangani kecederaan, atau khususnya keradangan yang mempunyai ciri-ciri seperti rubor (kemerahan), tumor (bengkak), calor (hangat) dan dolor (sakit). Ini salah satu mekanisme pertahanan semulajadi tubuh kita untuk menangani kecederaan. Ianya satu perkara yang baik. Misal kata, anda terluka di lengan, saraf yang terlibat menghantar isyarat “sakit” ke otak akan diaktifkan dan memberitahu otak bahawa ada kecederaan berlaku.

Sepertimana luka-luka terbuka biasa, bakteria akan mula masuk dan menyebabkan jangkitan. Untuk menghalang ini daripada berlaku, tisu-tisu sekeliling luka itu akan membengkak untuk menjadi benteng, diikuti dengan pertambahan aliran darah ke tisu yang cedera. Ini menyebabkan kemerahan dan rasa hangat. Proses ini digelar kecederaan akut dan mengambil masa kira-kira dua hari atau lebih, bergantung kepada keparahan luka atau jenis sakit yang dirasa; sakit yang tajam. Jika sakitnya tumpul atau sengal-sengal selepas tamat fasa akut, ini petanda kecederaan tadi tidak sembuh sepenuhnya dan tisu parut telah menjadi masalah pula. Ini dinamakan kecederaan kronik.

Sekarang kita sudahpun tahu bagaimana badan kita bertindak ketika berlakunya kecederaan, mari kita bincang bagaimana badan kita menangani perubahan suhu tinggi dan rendah. Apabila kita hangatkan tubuh, salur darah akan mengembang, menambahkan aliran darah dan menjadikan tisu lembut lebih lentur. Ini menenangkan tubuh dan mengurangkan rasa sakit. Jika rawatan sejuk dibuat pada badan, haba akan dipindahkan dari tubuh kepada ais, lantas menyejukkan tubuh. Bergantung kepada selama mana pendedahan kepada ais, rasa kebas akan timbul. Pendedahan kepada ais terlalu lama, terutamanya apabila sentuhan langsung kulit dengan ais akan menyebabkan reput fros, ertinya tisu akan mati.

Maka, gabungka/sendi sekelilingnya terasa lebih kaku daripada normal, bolehlah gunakan terapi haba. Contoh terapi haba termasuklah mandian panas, pek panas, krim hangat dan lampu hangat. Masa maksimum penggunaan ialah purata 20 ke 30 minit dan sentiasa dilapik kain nipis untuk mengelakkan kelecuran. Jin dua teori mudah ini, kita akan mula faham penggunaan haba dan ais untuk merawat kecederaan. Sentiasa letakkan ais DAHULU kepada kawasan kecederaan, dua kali sehari dan tidak lebih 20 minit setiap kali dengan lapik kain nipis untuk kira-kira seminggu Apabila kawasan kecederaan telah hilang merah, bengkak dan sakit yang tajam; dan tisuka digunakan dengan betul, rawatan sejuk dan panas bertindak mujarab ke atas kecederaan kecil (‘minor’) dan mengelakkan sakit yang lebih teruk. Sila berjumpa doktor jika sakit tidak sembuh atau bertambah teruk.

Encik Jonathan Goh ialah seorang ahli fisioterapi yang bertugas di Sarawak. Beliau sangat bersemangat meningkatkan kesedaran awam tentang isu-isu penting seperti osteoarthritis. 
Artikel ini diterjemahkan oleh Azizul Ismie Mohd Puad


Sumber: drlucianodiloreto.wordpress.com
  CREDIT TO : http://www.mmgazette.com



Source: medicalpoint.org


Cuba anda lihat pada pergelangan tangan anda sekarang. Adakah terdapat sebarang benjolan keras seperti guli? Ia biasanya lebih jelas kelihatan apabila anda bengkokkan pergelangan tangan anda.

Benjolan seperti guli ini mungkin adalah Ganglion. Ia adalah ketumbuhan tisu yang paling kerap terjadi pada sendi ini. 70 peratus daripada ganglion terjadi pada bahagian belakang (dorsum) pergelangan tangan iaitu ia muncul dari sendi scapholunate manakala bakinya pada bahagian permukaan depan (volar) dari sendi radiocarpal dan scaphotrapezial. Adakalanya ia terlalu kecil sehinggakan cuma boleh dilihat apabila pesakit membengkokkan pergelangan tangan.

Kandungan benjolan ini adalah campuran cecair sendi iaitu glucosamine, albumin, globulin dan Hyaluronic acid.

Simptom Pesakit

Kesan tekanan atau pressure effect akan mengakibatkan sebahagian pesakit akan mengadu ketidakselesaan akibat kehadiran ganglion ini apabila mereka hendak melakukan aktiviti menggunakan tangan. Kadangkala ganglion ini boleh menekan saraf yang berhampiran menyebabkan rasa kebas. Walaubagaimanapun, ia adalah tidak membahaya dan tiada risiko untuk berubah menjadi kanser.


Kenapa ia terjadi?

Ganglion terbentuk akibat kelemahan pada lapisan tisu yang melapisi sendi sehingga cecair synovial menolaknya keluar dan membentuk benjolan ini. Ia boleh terjadi pada mana-mana sendi namun lebih kerap terjadi pada pergelangan tangan. Terdapat 2 teori iaitu Teori Trauma dan Teori Keradangan (inflammation) yang cuba menjelaskan kenapa kelemahan tisu ini berlaku namun jawapan sebenarnya masih kekal misteri.


Dapatkan Pemeriksaan Segera

Secara peribadi, saya berpendapat anda perlu segera berjumpa doktor sekiranya terdapat sebarang benjolan atau kebengkakkan pada mana-mana anggota badan anda. Kita perlu pastikan bahawa ianya adalah sesuatu yang tidak bahaya. Selain daripada Ganglion, kebengkakan atau benjolan boleh disebabkan oleh ketumbuhan lain seperti Lipoma (ketumbuhan sel lemak), Sebaceous cyst (benjolan kelenjar peluh) ataupun Abscess (nanah).


Siasatan

Diagnosis Ganglion ini dibuat berdasarkan pemeriksaan klinikal. Secara umumnya anda tidak perlu menjalani imbasan X-ray. Sekiranya pembedahan diperlukan, darah mungkin perlu diambil sebelum anda dilihat oleh doktor bius.


Rawatan

  1. Tanpa Pembedahan – Ganglion yang tidak menimbulkan sebarang masalah boleh dibiarkan sahaja tanpa menjalani apa-apa prosedur atau pembedahan.
  2. Disedut keluar (Aspiration) – Risiko bagi ganglion tersebut kembali terjadi adalah tinggi iaitu 50 peratus.
  3. Pembedahan – Pembedahan dilakukan sekiranya ia menimbulkan masalah seperti sakit, kebas atau pesakit meminta ia dibuang atas sebab kosmetik dan sebagainya. Kebarangkalian ia kembali terjadi adalah lebih rendah iaitu 15-20 peratus. Selepas anda dibius, ganglion ini akan dibuang melalui satu torehan pada kulit. Prosedur ini boleh dijalankan secara Daycare (boleh balik pada hari yang sama selepas pembedahan) bergantung kepada kriteria-kriteria tertentu.

Pemeriksaan oleh doktor

Sekiranya anda mempunyai masalah ini, segeralah berjumpa doktor bagi memastikan masalah yang sebenarnya. Adakalanya kedudukan benjolan adalah begitu hampir dengan saraf dan salur darah dan perancangan teliti perlu dilakukan sebelum pembedahan dilakukan. Doktor akan melakukan pemeriksaan ke atas anda dan berbicang rawatan yang terbaik bersama-sama anda.


Artikel ini ditulis oleh salah seorang penulis tetap Malaysian Medical Gazette, Dr. Mahyuddin, seorang pakar bedah ortopedik yang bertugas di sebuah hospital di Pahang. Kenali beliau dengan lebih lanjut di laman The Team.


Rujukan

  • Review of Orthopaedics, 5th Mark D. Miller, page 84
  • Postgraduate Orthopaedics, Pau A. Banaszkiewicz. Cambridge University Press 2009, P302
CREDIT TO : http://www.mmgazette.com

Kami sedia berikhtiar untuk anda bagi mengatasi masalah zuriat.  Diagnos perlu dilakukan kepada kedua-dua pasangan suami-isteri bagi mencari memgenalpasti punca masalah. 

Kami akan memberi saranan pemakanan Sunnah untuk di amalkan secara istiqamah selepas proses diagnos. 

Dan memberi kaedah terapi bekam, akupuntur, urutan saraf bergantung kepada tahap masalah yang dihadapi.


 

Berikut adalah ikhtiar ringkas pemakanan Sunnah. Amat digalakkan sebelum mengamalkannya. dijalankan dahulu proses diagnos kedua-dua pasangan suami-isteri.



IKHTIAR KAEDAH MEMPEROLEH ZURIAT


Sediakan 49 biji kurma (sebaiknya ruthob) seorang (suami dan isteri wajib ambil) bermaksud 49 X 2, Madu lebah asli dan air zam-zam.

1) 7 butir Kurma dibuang bijinya, kisar atau kacau sehingga hancur di dalam sebuah mangkuk.

2) Kemudian dicampur dengan madu lebah, secukupnya, sehingga ramuan tersebut seakan-akan jem atau pes.

3) Ramuan ini adalah untuk satu hari, iaitu ditelan atau makan sebelum sarapan, diambil selama 7 pagi berturut-turut, tanpa putus.

4) Selang 5-10 min setelah makan, minum air zam-zam dengan doa.
Adapun ramuan tersebut terlebih baiknya didoakan dengan:

Al Faatihah 7x, Ayatul Kursi 3x, At Tariq:7 3x, Al An'am 98 3x, Selawat 11x.
InsyaALLAH, semoga ALLAH memudahkan ikhtiar kalian.




JANDA MANIS - Ikhtiar mengelakkan masalah Janda Manis (Jantung, Darah Tinggi, Kencing Manis)


SARANAN PEMAKANAN  SUNNAH

Penyakit ini jika dibiarkan akan mengundang kepada permasalahan kerosakan buah pinggang. Maka, disarankan diamalkan sebaik-baiknya.

1) Telan minyak zaitun + Madu + Habbatus sawda, setiap pagi sebelum sarapan.

2) Minum Cuka Epal setiap kali selepas makan tengahhari (Jika mengidap masalah gastrik, disarankan campur dengan madu lebah)

3) Minum cuka kurma/ epal setiap kali sebelum tidur. Boleh juga digantikan dengan pati delima.

Kaedah ini amat sesuai kepada mereka yang ingin menguruskan badan, juga amat berkesan mengelakkan masalah PJK (perut jalan ke depan) bagi kaum lelaki.

InsyaALLAH diselamatkan ALLAH dari penyakitan sedemikian dan sewaktu dengannya.




KAMI MENAWARKAN KAEDAH TERAPI BAGI MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT JANDA MANIS INI DENGAN MENGABUNGKAN KAEDAH TERAPI BEKAM, AKUPUNKTUR, DAN URUTAN SARAF.

PESAKIT DIWAJIBKAN MENGIKUT SEMUA KAEDAH PERAWATAN BAGI MENDAPAT HASIL YANG OPTIMUM.







TERAPI MEMBUKA URAT JANTUNG YANG TERSUMBAT

Resipi dari Tuan Guru Prof Dr.Hj Shahrin Abd.Rahman

PETUA YANG SUDAH TERBUKTI BERKESAN UNTUK JANTUNG ANDA

TIDAK KEPADA ANGIOGRAPHY, ANGIOPLASTY ATAU BYPASS!

 


Terapi Semulajadi untuk membuka urat jantung yang tersumbat

  • Jus Lemon 01 cawan
  • Jus Halia 01 cawan
  • Jus Bawang Putih 01 cawan
  • Cuka Epal 01 cawan



Kaedahnya
Kacau semua ramuan di atas dan masak dgn api yang perlahan selama lebih kurang 30minit atau sehingga tinggal 2/3.

Biarkan sejuk. Setelah sejuk campur 3 cawan madu asli (bukan yang dicampur dgn bahan2 lain spt Habbatus Sauda') dan simpan dalam botol kaca. Masa memasaknya pun kena guna bekas kaca.

Minum setiap pagi sebelum sarapan satu sudu makan secara istiqamah.

InsyaAllah semua urat yang menyumbat pada urat jantung anda akan terbuka.

SELEPAS MINUM, LETAKKAN TANGAN KANAN ANDA KE DADA SAMBIL MEMBACA

'ALLAAHUMMA SOLLI 'ALAA QALBI SAIDINA MUHAMMAD' - 10kali


Amalkanlah...akan menjimatkan wang anda daripada pembedahan...
Penyakit angin ahmar atau strok berlaku apabila bekalan darah ke sebahagian otak terputus tiba-tiba. Otak memerlukan bekalan oksigen berterusan daripada darah. Jika bekalan darah terputus, sel otak yang terjejas akan rosak atau mati.

Kadangkala strok dipanggil 'serangan otak'. Terdapat dua jenis strok iaitu Strok Iskemia dan Strok Haemoragik.



Strok Iskemia berlaku bila terdapat darah beku di dalam saluran darah di otak menyebabkan tersumbat. Iskemia bermaksud pengurangan bekalan darah dan oksigen ke bahagian badan tertentu.

Dalam setengah penyakit strok, darah beku boleh terbentuk dalam saluran darah otak sendiri dan menyebabkan strok iskemia. Dalam kes strok iskemia lain, darah beku boleh terbentuk di luar otak dan bergerak ke otak seterusnya menyumbat saluran darah otak.

Strok Haemoragik (pendarahan) berlaku apabila saluran darah otak lemah, rosak dan pecah menyebabkan pendarahan dalam otak.

Terdapat dua jenis pendarahan otak iaitu Pendarahan Intracerebral dan Pendarahan Subarachnoid.

Pendarahan Intracerebral berlaku apabila saluran darah pecah di dalam otak kemudian mengalir ke dalam otak menyebabkan bekalan darah ke sel otak terputus dan sel otak akan rosak atau mati. Pendarahan jenis ini berlaku dalam satu daripada 10 kes strok.

Pendarahan Subarachnoid berlaku jika saluran darah pecah di ruang antara otak dan tengkorak. Ruang tersebut biasanya diisi cecair otak - cerebrospinal. Setiap satu daripada 20 kes disebabkan jenis ini.

Strok di Malaysia Menurut Persatuan Strok Kebangsaan Malaysia (NASAM), setiap seorang daripada enam orang di Malaysia akan diserang strok.

Setiap tahun dianggarkan 40,000 rakyat Malaysia mengalami strok. Strok adalah punca kematian ketiga terbesar selepas sakit jantung dan kanser. Strok menyerang sesiapa sahaja.

Punca Punca berisiko tinggi berlaku strok terbahagi kepada dua tidak boleh diubah dan boleh diubah.

Risiko tidak boleh diubah:

* Umur

* Genetik

* Jantina

* Sejarah serangan jantung atau strok Risiko boleh diubah:

* Tekanan darah tinggi

* Merokok

* Kencing manis

* Kolesterol

* Obesiti

Simptom serangan strok Setiap fungsi tubuh yang berbeza dikawal oleh bahagian otak berbeza. Oleh itu, setiap simptom strok berbeza mengikut bahagian otak terjejas dan saiz otak yang rosak.

Satu atau lebih simptom tiba-tiba:

1. Tangan kaki lemah atau lumpuh.

2. Sebelah muka lemah. Air liur sentiasa

meleleh tanpa kawalan.

3. Masalah kestabilan, koordinasi badan,

percakapan, penglihatan, sukar menelan.

4. Rasa pening atau sakit kepala

5. Kebas di sebahagian daripada badan

6. Pengsan atau menjadi keliru

Kesan jangka panjang Jenis dan kadar kelumpuhan disebabkan serangan strok berbeza mengikut kadar kerosakan otak selepas serangan strok.

Serangan teruk boleh menyebabkan kematian. Jenis kesan jangka panjang serangan strok adalah seperti berikut:

1. Sebelah badan lemah.

2. Masalah kestabilan, koordinasi badan.

3. Masalah menelan.

4. Masalah percakapan dan komunikasi.

5. Masalah penglihatan.

Apa yang tersenarai di atas adalah contoh yang mungkin berlaku selepas serangan strok. Setiap strok berbeza dan kesan strok harus diteliti untuk setiap seorang pesakit.

Minggu terawal selepas strok, bengkak di sekeliling bahagian otak yang rosak akan kurang. Sebahagian simptom mungkin kurang atau hilang. Dengan rehabilitasi dan terapi, keadaan pesakit mungkin bertambah baik.

Rawatan moden Rawatan untuk strok melibatkan rawatan kecemasan sebaik sahaja serangan strok berlaku dan rawatan rehabilitasi atau fisioterapi selepas pesakit strok stabil. Pesakit strok yang mengalami simptom awal serangan harus dihantar ke wad kecemasan secepat mungkin.

Rawatan segera penting untuk mengelak kematian. Rawatan kecemasan awal boleh mengurangkan kerosakan otak dan meningkatkan kesembuhan.

Rawatan kecemasan melibatkan penggunaan ubatan dan/atau pembedahan akan mengeluarkan darah beku dari otak.

Rawatan rehabilitasi dilakukan selepas pesakit stabil untuk membantu mendapat kekuatan fizikal, mengembalikan keupayaan fungsi badan dan membolehkan pesakit berdikari.

Rawatan al-Quran Ayat al-Quran memiliki mukjizat membantu penyembuhan strok. Daripada pengalaman kami di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah mengubati pesakit strok, ramai mengalami perubahan sangat positif selepas rawatan menggunakan ayat suci al-Quran.

Kami mendapati ada unsur gangguan makhluk halus menyebabkan serangan strok dalam sebahagian pesakit.

Sejenis jin digelar Jin Ahmar masuk dalam badan pesakit dan merosakkan saluran darah dalam otak menyebabkan pendarahan dan mengakibatkan pesakit mendapat strok.

Perubatan moden mengakui strok disebabkan pendarahan dalam otak, tetapi sukar menerangkan puncanya. Kita selalu mendengar pesakit muda, tiada sejarah keluarga, sihat, tiada darah tinggi atau diabetes tetapi mendapat strok.

Dalam kes demikian selalunya mereka diganggu Jin Ahmar dan perlu dikeluarkan daripada badan pesakit sebelum dirawat.

Setiap pesakit strok yang datang berubat, akan diperiksa jika ada gangguan Jin Ahmar. Selalunya jin Ahmar berada di dalam otak atau tulang belakang pesakit. 
Perawat Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah dengan izin Allah mengeluarkannya jika ada dan memberikan ayat berikut untuk diamalkan disertai doa kepada Allah memohon penyembuhan. InsyaAllah ayat al-Quran yang dibaca pesakit dapat merangsang sel otak yang rosak akibat strok berfungsi semula.

Ayat-ayat tersebut adalah:

Surah Al-Israa' ayat 40 hingga 55

Surah An-Nahli ayat 81 hingga 89

Surah Az-Zumaar ayat 24 hingga 37

Surah An-Nahli ayat 35 hingga 47

Cara amalan ialah, pesakit hendaklah membaca surah pertama tiga kali waktu malam dan surah kedua tiga kali pada siang. Pembacaan diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu.

Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa penyembuhan kepada Allah.

Pesakit harus ingat penyembuhan hanya dengan izin Allah. Kita jangan berputus asa dan sentiasa berdoa kepada Allah. Seperti di dalam surah Yusuf ayat 12, Allah berfirman; "….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."

Penutup Kita sebagai umat Islam yang diberi nikmat Islam dan iman harus berpegang teguh, beramal dan yakin mukjizat al-Quran.

Keistimewaan al-Quran pasti membantu setiap insan di dalam kehidupan dunia yang silih berganti antara bahagia dan sengsara.

Apabila kita atau insan tersayang ditimpa strok, kita kena kuat dan tabah. Kadangkala keluarga pesakit tertekan menjaga pesakit strok. Ramai keluarga pesakit mengadu susahnya menjaga pesakit strok.

Bersabar, berikhtiar dan percaya semua dugaan dan ujian Allah ada hikmahnya. Antara cara memperkuatkan rohani dan hati apabila dilanda penyakit hati akibat musibah strok adalah membaca al-Quran setiap hari.

Penawar rohani paling mujarab sudah lama diberi kepada manusia, iaitu al-Quran. Allah berfirman di dalam surah Yunus ayat 57: "Wahai manusia, telah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi pengajaran daripada Tuhanmu dan penyembuhan bagi penyakit yang ada dalam dadamu (jiwa) dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman."

Bacalah surat istimewa daripada Allah kepada hamba-Nya setiap hari. Jadikan amalan ini rutin, semoga kita mendapat keberkatan.
Ikhtiar rawatan jantung dan kolestrol (sebaiknya pada yang masih belum buat bypass), juga amat sesuai bagi yang masih dalam keadaan walafiat.

1) Setiap kali selepas Solat, tarik nafas perlahan-lahan melalui hidung, tahan dan zikir Ya Nurr 33x (di dalam hati), lepas semula melalui mulut perlahan-lahan. Lakukan sebanyak 3 pusingan.


2) Setiap kali selepas bangun tidur, sebelum mandi lakukan kaedah yang sama sebelum minum air putih.


3) Setiap kali sebelum sarapan, telan 1-3 sudu minyak zaitun (EVOO) dan makan sekurang-kurangnya 3 biji kurma, sama ada ruthob atau tamar.

4) Setiap kali sebelum mandi, minum secawan air putih.

5) Setiap kali sebelum tidur
- Sebelum berwudhuk, telan atau minum cuka epal / jika mengalami masalah gastrik, boleh digantikan dengan pati delima.


- Selepas berwudhuk, lakukan seperti kaedah pertama sebanyak 1 pusingan.





Petua Untuk Hilangkan Jerawat Pada Muka:

Campurkan satu sudu besar Minyak Zaitun dengan 4 sudu garam, kacau sebatian untuk beberapa minit. 

Sapu pada bahagian wajah anda yang ditumbuhi jerawat dan biarkan seketika. Kemudian bilas wajah dengan menggunakan air yang bersih.



MAKANAN YANG AKTIFKAN CYST.

Makanan yang perlu dielakkan:

1.) Soya dan evening primrose.
Soya dan evening primrose mengandungi phyto estrogen. Phyto ni bermaksud tumbuhan manakala phyto estrogen bermaksud tumbuhan yang mempunyai fungsi seakan akan estrogen.


So, bila kita makan benda ni maka paras estrogen dalam badan kita akan tinggi dan mengalakkan pembesaran cyst. Doc ade bagitahu saya yang sume wanita ade cyst cuma kecil atau besar, boleh hilang tak boleh hilang.

evening primrose oil

**info yang baru saya tahu: minum soya sewaktu mengandung bukan boleh mencantikkan kulit anak tetapi mendedahkan risiko untuk anak tu mendapat kanser. Then, mengikut kajian keatas pesakit kanser payudara plak, ramai antara mereka menggunakan evening primrose ni.

2.) Ayam.
Ayam kan disuntik hormon untuk mempercepatkan kadar pembesaran dia. Kebiasaannya ayam disuntik hormon estrogen. Tapi ayam kampung boleh makan kot.

3.) Ikan keli yang dibela.
Kena tangkap ikan keli dalam sawah la pasni kalau dah mengidam sangat.

4.) KAWAL PEMAKANAN
Kolestrol juga adelah penyebab kenaikan hormone estrogen. Kolestrol adalah precursor kepada estrogen.

NOTA TAMBAHAN
Pemakanan bg Wanita pengidap Endometriosis/Adenomyosis/Fibroid/Cyst/PCOS

Disini saya kongsikan bersama jenis makanan yg amat sesuai & yg harus di elakan bagi wanita yg punyai masalah seperti di atas atau pun yg pernah menjalani pembedahan tetapi ia nya berulang kembali.

Makanan yg di galakkan

  • Ikan laut seperti bawal emas, kembong & selar
  • Sayuran jenis kekacang - kacang panjang, buncis, sweet pea dll.
  • Kekacang - badam, kacang tanah, black bean, kacang merah dll.
  • Sayuran - kobis, brocoli, bayam, dan ulam-ulaman pegaga, pucuk ubi dll
  • Buah-buahan - Nenas & betik
  • Ubi kayu
  • Sup miso ( sejenis pes yg di buat dari kacang soya yg di peram dicampur kedlm Sup utk di jadikan miso sup)
  • Teh hijau

Makanan yg harus di elakkan


  • Daging merah (kambing & lembu)
  • Ayam ( Boleh di ambil dlm kuantiti yg sedikit)
  • Produk tenusu seperti keju
  • Ikan haruan
  • Gamat
  • Bahan perisa - pes segera & kiub2 perisa seperti stok ayam, stok bilis dll.
  • Makanan manis - kuit muih manis & pencuci mulut
  • Minuman berkarbonat ( krn tinggi kandungan gula)
  • Makanan segera - burger, sosej, nugget, mee segera dll
  • Makanan ringan - cip kentang, jajan dll.
  • Makanan berlemak/ berminyak

Buah Delima dan Rawatan Kanser Payudara: 

Satu Harapan Baru,

Ketua Penyelidik dari Beckman Research Institute of City of Hope, Amerika Syarikat Profesor Dr. Shiuan Chen telah membuat satu kejutan penemuan baru dunia sains mengenai buah delima.  

Buah delima didapati mengandungi penghambat enzim (Enzyme Inhibitor), sekaligus menjadikan ia berfungsi melemahkan kanser payudaya dengan membataskan perkembangan estrogen.

Hasil eksperimen makmal menunjukkan bahwa delima (pomegranate) mengandung sebatian kimia yang mampu mengurangi risiko terbentuknya hormon yang menyebabkan kanser payudara disamping dapat mengelakkan risiko jantung.

Delima yang rasanya segar dan manis ini mengandung fitokimia dan tinggi kandungan polifenol antioksidan. Jika seorang wanita sudah tidak lagi memproduksi hormon estrogen, maka risiko kanser payudara akan menurun iaini sama dengan yang disebabkan oleh kandungan fitokimia yang diperolehi melalui pemakanan delima.

Walaubagaimana pun para penyelidik belum dapat memastikan jumlah dos yang efektif untuk mencegah kanser payudara kerana sebatian kimia yang berasal dari makanan tidak mudah diserap oleh tubuh manusia.

Namun, para ahli mengatakan meminun jus dari sari buah delima adalah amat baik, apalagi kandungan antioksidan dalam satu gelas delima lebih banyak dibanding dengan satu gelas teh hijau atau jus oren.

Inilah kebesaran Allah. Setiap penyakit ada ubatnya iaini akan ada elemen yang membawa kesembuhan kepadanya kecuali MATI. Antara tumbuhan lain yang mempunyai fungsi yang sama seperti buah delima sebagai penghambar enzim adalah cendawan. Kumpulan penyelidik Dr. Shiuan juga mengkaji kemungkinan rawatan kanser payudara dengan menggunakan ekstrak bahan dari cendawan selain buah delima! Saya amat pasti dengan meruqyah ekstrak buah delima atau cendawan akan menambahkan lagi kemujarapan bahan-bahan tabii kurniaan Allah SWT ini....

Lagi Maklumat Buah Delima dari Laman Sesawang KL-TODAY untuk di kongsi......

Tahukah anda, delima adalah sejenis buah yang berasal dari Mediterranean yang banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubatiu pelbagai jenis penyakit. Tanaman perdu berbatang kayu ini mempunyai batang berduri, daunnya lonjong, kecil dan bertepi rata.

Kulit buah delima biasanya berwarna hijau kekuningan. Bentuk buahnya seperti epal dengan kelopak bermahkota. Di dalamnya mempunyai beratus-ratus biji.

Khasiat buah Delima

1. Buah ini mengandungi zat besi, kalsium, folforus, vitamin A dan C. Sejak zaman dahulu ahli perubatan Yunani menggunakan ubat ini sebagai ubat cacing. Alkaloid yang terdapat pada kulit buah membuat cacing melekat pada dinding usus manusia melepaskan pegangannya.

2. Dalam perubatan Cina, biji delima putih mempunyai khasiat anti-radang. Buasir merupakan satu lagi penyakit yang boleh dirawat menggunakan buah delima. Airnya bertindak sebagai astrigen disapu kebahagian yang bengkak dan dilakukan beberapa kali sehingga sembuh.

3. Cara memanfaatkan Delima

Keputihan - 30g kulit delima kering, direbus dengan satu liter air. Masakkan sehingga airnya tinggal separuh. Minum ramuan ini dua kali sehari

Gangguan pencernaan - 50g daun delima segar dimasak dengan air. Minum sewaktu suam. Perut Kembung – Lima helai daun delima kering direndam satu gelas air panas. Minum setelah agak sejuk, minum tiga kali sehari.

Menurunkan berat badan – Dua genggam daun delima muda diramas-ramas dengan air masak, dicampurkan sedikit garam. Dapatkan perahan pati, minum dua kali sehari.



Artritis gugat kehidupan normal, beri kesan kepada kemurungan


Artritis bukan penyakit luar biasa ia berlaku pada nisbah satu bagi 1,000 orang di seluruh dunia. Hakikatnya, artritis adalah penyakit radang pada sendi atau tisu sendi yang menunjukkan gejala kesakitan, ketegangan pada sendi dan bengkak.

Lebih daripada 100 jenis penyakit artritis dan yang paling kerap dihidapi adalah osteoartritis berpunca daripada pemusnahan tisu rawan pada sendi. Jika anda mengenali seseorang yang menderita akibat artritis atau anda sendiri menghidap penyakit yang boleh menyebabkan kehilangan upaya, pasti anda tahu masalah sendi yang menyakitkan itu juga membabitkan keradangan sekurang-kurangnya pada satu sendi.

Lebih menakutkan, artritis mampu menjejaskan setiap sendi dalam tubuh manusia. Antaranya adalah sendi lutut, tangan, kaki dan tulang belakang, malah ia mampu menggugat setiap aspek kehidupan manusia.

Kemurungan, tekanan dalam hubungan, tidak berdaya memutar objek, tidak mampu melakukan kerja rumah, berjalan menggunakan alat bantuan dan menyebabkan keupayaan menggenggam atau memusing objek hilang adalah aspek keharmonian kehidupan yang digugat oleh penyakit ini.

Daripada lebih 100 jenis artritis yang dikenal pasti, osteoartritis dan reumatoid adalah paling lazim dideritai pesakit.

Orang muda juga derita

Mungkin ramai beranggapan artritis hanya dideritai orang yang sudah berusia. Bagaimanapun, laporan menunjukkan penyakit itu turut menyerang semua peringkat usia termasuk kanak-kanak dan remaja.

Bagi golongan sebelum berusia 16 tahun, kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun atau kepada bayi, ia dikenali sebagai Juvenile Idiopathic Arthritis (JIA) atau Still’s.

Bagaimanapun, persoalan kenapa ia turut menyerang golongan muda masih belum jelas diketahui puncanya. Ia mungkin terjadi hanya sementara atau boleh jadi kepada peringkat kronik, namun artritis jenis ini berbeza dengan apa yang terjadi bagi golongan dewasa.

Seperti dideritai golongan dewasa, artritis yang menyerang kanak-kanak dan golongan muda turut menjejaskan kualiti kehidupan harian mereka apabila menyerang buku lali dan lutut si kecil, di samping, mengalami kemerahan, bengkak serta kesakitan berpanjangan.

Justeru, ibu bapa juga perlu peka terhadap perubahan pada anak kecil dengan memantau bagaimana bayi mereka merangkak dan berjalan tanpa kesakitan atau tangisan.



Terapi semula jadi

Kira-kira 30 peratus rakyat Malaysia berumur melebihi 65 tahun ke atas lebih berisiko berhadapan masalah sakit lutut yang dikaitkan dengan osteoartritis ini.

Berdasarkan data di negara ini juga menunjukkan, wanita dua kali ganda mengalami masalah artritis berbanding lelaki.

Kajian Program Kawalan Penyakit Reumatik Berorientasi Komuniti (COPCORD) di Malaysia menunjukkan, 23 peratus rakyat berusia 55 tahun mengadu sakit lutut, manakala 39 peratus 65 tahun berhadapan situasi sama.

Kebiasaannya, antara rawatan penyakit jenis ini adalah penggunaan aspirin dan terapi magnet. Walaupun ketika ini tiada rawatan konvensional mampu menyembuhkan osteoartritis dan reumatoid artritis, beberapa kemajuan memberangsangkan sudah berjaya ditemui melalui kaedah rawatan semula jadi.

Malah, pelbagai kaedah digunakan sesetengah pesakit untuk menghilangkan sakit lutut termasuk mengamalkan makan makanan tambahan.

Inilah juga menjadi amalan, John Croft yang mengambil makanan tambahan, Biolane sebagai salah satu rawatan alternatif tambahan, sakit lututnya.

Berdasarkan pengalaman, beliau yang turut menulis empat buku - Life in the Sea; Relief from Arthritis: Deep Sea Shark Liver Oil; Health from the Sea dan Freedom from Disease, berkata individu yang berisiko berhadapan dengan penyakit itu ialah disebabkan peningkatan usia, genetik dan gender.

Katanya, faktor lain adalah berat badan, kecederaan sendi atau melakukan aktiviti bahaya secara berulang kali.

“Antara yang difikirkan berkeupayaan mencegah penyakit itu adalah menurunkan berat badan dan mengelakkan trauma daripada aktiviti seperti aktiviti sukan dan harian,” katanya. 






sumber:
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sakitlutut_sendi/Article/
BAGAIMANA TOKSIN TERHASIL DAN DARAH BOLEH MEMBEKU [CLOTING]?
Toksin dalam tubuh manusia dapat terhasil dari:
  • Pencemaran udara
  • Makan siap saji (fast food) karena mengandung zat kimia yang tidak baik untuk tubuh seperti pengawet, pewarna, essence, penyedap rasa, dan sebagainya
  • Hasil pertanian seperti pestisida (insektisida, fungisida, herbisida)
  • Kebiasaan buruk (bad habit) seperti merokok, makan tidak teratur/bersih, makan tidak seimbang, terlalu panas atau dingin, terlalu asam, dan lain-lain
  • Ubat-ubatan kimia, kerana mempunyai efek merosak organ atau mikroba yang normal dalam tubuh.
Terdapat banyak faktor yang menyebabkan darah beku [blood clot], iaitu:
  • Darah beku yang diakibatkan oleh kemalangan sewaktu di dalam rahim dan sewaktu dilahirkan.
  • Darah beku yang bersumber dari trauma penderitaan fizikal, seperti kemalangan, terseliuh, berkelahi, kena cubit, kena tendang, kena rotan, dan sebagainya.
  • Darah beku akibat perbuatan sendiri, seperti mengangkat beban berat, penggunaan pakaian ketat, ikat kepala yang berpanjangan.
  • Darah beku yang bersumber dari emosi yang tidak terkawal. Kemarahan, ketakutan, kesedihan, kesayuan, dan kerisauan menyebabkan pengeluaran adrenalin berlebihan yang dapat membahayakan metabolisma tubuh.
  • Darah beku yang diakibatkan oleh diet yang tidak seimbang, kegemukan, sering sembelit, dan pencemaran alam sekitar.











 

 Dengan demikian, darah beku harus dikeluarkan dengan cara apapun. Namun, sistem perubatan allopathy (konvensional) tidak dapat bertindak demikian. Jadi, harus mencari pengubatan yang dapat bertindak mengeluarkan toksik-toksik tersebut secara cepat agar tubuh tidak lemah dan mudah diserang berbagai penyakit. Salah satu caranya adalah dengan berhijamah (berbekam).

Hijamah/bekam merupakan kaedah paling unggul dan sangat berkhasiat untuk mengatasi berbagai macam penyakit. Bekam juga merupakan preventive medicine (metode pencegahan) selain juga sangat efektif untuk curative medicine (metode penyembuhan).


Kenali punca penyakit Asma


Kenali punca sakit Migrain

Kenali punca Pedih Ulu Hati



Previous Post Older Posts Home