n dan kencing berdarah, kemungkinan besar adalah masalah batu karang ginjal. Bagaimanapun, beberapa pemeriksaan perlu dilakukan untuk mengesahkan kehadiran batu karang ginjal.
Antara pemeriksaan yang perlu di jalani ialah ujian air kencing. Ini penting untuk memastikan kehadiran kristal dalam air kencing. Selain itu, perlu diperhatikan juga bacaan pH air kencing. Ini kerana apabila air kencing anda berasid (iaitu kadar bacaan pH kurang dari tujuh), ini boleh menggalak pengumpulan kristal asid urik dalam buah pinggang.
Lakukan ujian ultra sound pada buah pinggang. Pemeriksaan ini bertujuan mengesahkan kehadiran dan saiz batu karang. Ini juga bagi melihat sama ada wujud komplikasi seperti penyumbatan dan jangkitan kuman. Pemeriksaan ultrasound penting untuk diagnosis kerana batu karang asid urik tidak dapat dilihat dalam pemeriksaan x-ray. Ini kerana ia adalah dari jenis radiolucent.
Dari segi rawatan pula, ia bergantung kepada saiz dan sama ada berlaku komplikasi atau tidak.
Rata-rata batu karang dari jenis asid urik adalah dari jenis yang lembut dan boleh dihancurkan dengan ubat-ubatan. Jika tidak ada apa-apa penyumbatan pada buah pinggang, rawatan yang dikenali sebagai chemolysis akan diberi.
Rawatan ini membabitkan pemberian ubat Allopurinol serta urinary alkalinizer iaitu sejenis ubat yang menjadikan air kencing saudara beralkali. Ini seterusnya akan membantu menghancurkan batu karang.
Selain itu, batu karang asid urik ini juga boleh dipecahkan dengan menggunakan cara extra corporeal shock wave lithotripsy. Teknik pemecahan batu ini boleh dilakukan secara rawatan harian dan tidak memerlukan bius
Daripada sudut pemakanan pula, elak mengambil minuman berkafein seperti kopi. Saudara juga perlu mengelak dari mengambil makanan yang mengandungi kadar purine yang tinggi. Ini kerana makanan jenis ini akan meningkatkan paras asid urik dalam badan.
Contoh makanan yang mengandungi kadar purine yang tinggi ialah organ dalaman seperti hati, paru-paru dan otak. Selain itu, daging merah seperti kambing, lembu perlu diambil mengikut jumlah sederhana.
Hasil laut seperti kerang, ikan bilis, ikan sardin, kepah dan ikan salmon juga mempunyai kandungan purine yang tinggi. Semua makanan ini perlu diambil secara sederhana. Sayur-sayuran dari bentuk kekacang juga perlu dielakkan.