JAWATAN KOSONG SEPENUH MASA JURUTERAPI URUTAN ALHEKMAH

JAWATAN KOSONG SEPENUH MASA LELAKI

JAWATAN :JuruTerapis Team Terapi Saraf Alhekmah (LELAKI). 
Jumlah kekosongan : 10 orang
Kemasukan adalah SEGERA.
Lokasi bertugas : Seluruh negeri Perak dan Road Tour seluruh Malaysia.

Kelebihan sebagai Juruterapi Alhekmah
 Gaji + Elaun + Komisen = RM 1,000 – RM 3,000++
 Latihan Intensif sebagai juruterapi akan diberikan selama SEMINGGU bagi melahirkan juruterapi yang berketerampilan serta mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh syarikat.
 Latihan berterusan akan sentiasa diadakan bagi memastikan kualiti dan teknik kemahiran sentiasa dikemaskinikan.


Syarat-syarat Permohonan:
1. Lelaki , Melayu , Islam , Bujang
2. Berumur 20 tahun hingga 30 tahun
3. Mempunyai pengalaman bidang urutan minimum 1 tahun ke
atas dan mempunyai Sijil SKM bidang berkaitan adalah satu kelebihan.
4. Bagi yang tiada pengalaman tetapi berminat dalam bidang Urutan boleh cuba datang sesi temudga.
5. Telah mengikuti kursus berbayar URUTAN SARAF ALHEKMAH.
6. Bagi yang belum mengikuti kursus, setelah berjaya terpilih sesi temuduga, anda DIWAJIBKAN mengikuti kursus tersebut secara berbayar.
7. Mempunyai minat yang mendalam dalam bidang Perawatan.
8. Mempunyai perwatakan menarik serta mempunyai keyakinan diri.
9. Menjaga Solat 5 waktu dan perintah agama.
10. Boleh amalkan Solat Berjemaah terutama Subuh dan Isyak, Zikir Harian, Baca Al-Quran setiap hari adalah satu kelebihan penting.
11. Seorang yang amanah, jujur serta berdisiplin tinggi dan menepati masa.
12. Mempunyai ilmu dan pengalaman dalam Pemasaran Digital dan Jualan adalah satu kelebihan.
13. Mampu bekerjasama dengan baik bersama rakan sekerja yang lain.
14. TIDAK MENGHISAP ROKOK & VAPE.
15. MEMPUNYAI KENDERAAN & LESEN MEMANDU B2 /D.

Bidang Tugasan :
Memberi khidmat terapi urutan mengikut pakej dan bersesuaian dengan masalah pelanggan
Memberi khidmat nasihat dan cadangan solusi kepada pelanggan berkenaan masalah kesihatan yang dihadapi.
Memberi layanan Khidmat pelanggan yang baik serta mesra pelanggan
Bersedia untuk bertugas di waktu dan lokasi yang ditetapkan
Bersedia untuk membantu lain-lain tugas yang diberikan.
Mematuhi polisi syarikat dan bekerjasama dengan majikan.


Sekiranya anda memenuhi syarat-syarat diatas dan berminat dengan jawatan yang ditawarkan, sila hantar salinan resume anda melalui talian whatsApp dibawah :
Atau email ke assyifanurhikmah@gmail.com


SILA SHARE IKLAN INI JAWATAN KOSONG KEPADA RAKAN-RAKAN ANDA YA.JAWATAN KOSONG SEPENUH MASA LELAKI

Next Post Newer Post Previous Post Older Post Home