IKHTIAR MASALAH DENGGI
Demam denggi disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (Genus
Flavivirus) yang dibawa oleh nyamuk aedes betina.
Simptom-simptom seperti :
1)
Demam mengejut dan tidak kebah, dengan
2) Sakit kepala teruk,
3) Sakit di belakang bebola mata (pedih dan sengal).
4) Sakit sendi dan otot
Adalah antara tanda awal bagi masalah jangkitan virus
ini. Jika ada tanda-tanda seperti di atas ini, maka jangan berlengah ke
hospital berhampiran atau mengambil langkah kawalan awalan.
Kegagalan
atau kelewatan merawatnya akan menyebabkan :
1) Radang hati
2) Radang otak
3) Radang Otot kardiak (otot jantung)
Yang dalam ertikata lain MEMBAWA
MAUT.
Secara ringkasnya, bagi permasalahan ini, terdapat dua
keadaan penting untuk membendungnya, iaitu :
1) Mencegah
2) Merawat
Dua keadaan ini amat berbeza keadaannya serta kaedah
menguruskannya.
Bagi Mencegah jangkitan virus denggi ini,
adalah :
1) Menelan Pati Habbatussawda (3ml) setiap pagi sebelum sarapan bagi mengaktifkan
sistem lobulus di dalam hati (liver) untuk sumber
metabolisme hati bagi mencegah segala antigen(virus) yang menganggu sistem
tubuh.
2) Amalkan memakan sekurang-kurangnya sebiji
kurma sebagai awalan sarapan.
3) Amalkan meminum susu kambing sebagai ambilan sarapan.
4) Banyakkan meminum air putih
sekurang-kurangnya 2 liter sehari.
Selain daripada memastikan tiada air bertakung di kawasan
kediaman atau premis perniagaan.
Bagi kaedah Merawat, boleh dicuba :
1) Air kelapa muda 250ml + Halia 2 inci (ditumbuk), kemudian
diberi minum setiap 2jam.
Atau
2) Daun sirih 3helai + Air panas (150ml) + Cengkih
7kuntum + Bunga
Lawang 3 kuntum. Direndam kesemua bahan di
dalam air panas tersebut, tunggu sehingga suam, kemudian diberi minum kepada
pesakit yang berisiko, setiap 2 jam.
Atau
3) Habbatussawda (pati 6ml / bijian 5
cubit) + Madu
lebah 5sudu besar (5ml x 5) + Pati
Delima 5 sudu besar (5ml x 5).
Digaulkan kesemua bahan, biarkan selama seminit (untuk sebatian). Kemudian
diberi pesakit berisiko telan sebaiknya sebelum memakan makanan berat. Selepas
1-3 minit, pesakit disarankan meminum air putih.
Banyak lagi kaedah bagi menangani masalah Virus Genus
Flavivirus (Denggi) ini.
Sumber : Persatuan Terapi Islam Al Fatah (TIAF) Melaka
(Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus)
http://terapi-alfatah.blogspot.com