Rawat Keputihan Dengan Berbekam


Keputihan adalah mimpi ngeri untuk setiap wanita. Ia terjadi apabila seseorang dalam keadaan stress, terdapat jangkitan pada alat kemaluan, tidak menjaga kebersihan atau pemakanan yang tidak seimbang. Keputihan akan mengganggu hubungan suami-isteri, mengurangkan keyakinan diri wanita dan menyebabkan ketidakselesaan terutamanya ketika hendak menunaikan solat.

Rawatan bekam sebulan sekali dapat menyembuhkan penyakit keputihan. Darah kotor yang dikeluarkan dari badan dapat meningkatkan imuniti tubuh untuk melawan kuman. Disamping badan akan menjadi lebih ringan seterusnya mengurangkan stress.

Rasulullah s.a.w bersabda:“Jika ada penyembuhan, maka itu terdapat pada sayatan alat bekam, madu dan ‘kay’ iaitu sundutan dengan api yang mengenai penyakit, akan tetapi aku tidak suka berubat dengan ‘kay’”. – Riwayat Ahmad dan Thabrani.

Rasulullah bersabda:“Tidaklah aku berlalu di hadapan sekumpulan Malaikat pun pada malam aku diisra’kan, kecuali masing-masing dari mereka pasti mengatakan kepadaku, ‘Muhammad, Perintahlah umat kamu agar berbekam’”. – Riwayat Tabrani
Next Post Newer Post Previous Post Older Post Home