MASALAH LEBAM DI PAHA



SOALAN:
Saya ingin bertanya. Benarkah jika seorang isteri sering lebam di peha, bermaksud itu adalah gangguan pelesit? Dan ada yang beritahu saya, apabila sering diganggu begitu, si isteri akan sukar untuk hamil.
Jika ia benar, bolehkah ustaz berikan amalan, ayat atau kaedah untuk 'menghapuskannya' yang boleh dilakukan sendiri tanpa perlu berjumpa dengan perawat?


JAWAPAN:
Assalammualaikum WarahmatULLAHi Wabarakaatuh, salam yaumul Mazid.
Semoga hari ini menjadi lebih baik dari semalam dan menjadi sebaik-baik rancangan untuk hari seterusnya.
Merujuk kepada persoalan di atas. Jawapan mudahnya, TIDAK, sama sekali TIDAK BENAR.

Adapun lebam pada paha itu merujuk kepada masalah rahim terlalu mengecut atau mudah cerita rahim sedang bermasalah. Maka pendarahan dari vascular utama tidak lancar, yang mana vascular untuk rahim dan juga kelakian adalah pada sekeliling paha.

Maka, tiada ditolak akan kebenarannya, jika lebam di paha itu antara faktor seseorang itu susah hamil, tetapi yang jelas bukan faktor perkara mistik semata. Lazimnya bagi yang mengalami masalah lebam di paha ini, adalah dari kalangan mereka yang mengalami masalah sengugut (dysmenorrhea/ period pain / Premenstrual dysphoric disorder - PMS) yang agak menyusahkan.


Banyak faktor yang perlu dikaitkan untuk kaitkan lebam pada tubuh dengan perkara mistik. Antaranya adalah lebam tersebut disertai dengan kesan gigi dan ada kesan darah.

Perlu berhati-hati, lebam yang kerap pada tubuh, itu menunjukkan ada masalah dengan sel darah merah (eritrosit) dan juga sel darah putih (Leukosit), Hemoglobin (HB) yang tidak seimbang, malahan boleh mengundang masalah Thalassemia atau boleh jadi juga symptom leukemia.

Jadi, untuk mengelakkan dan merawat masalah tersebut :
1) Elakkan atau kurangkan minum Ais atau air yang sejuk.
2) Kurangkan makanan yang bersifat sejuk.
3) Amalkan Madu + H/Sawda + Kurma setiap pagi sebagai sarapan.
4) Amalkan meminum pati delima sebelum tidur.
5) Lakukan riadah secara berkala.


Untuk menceritakan lebam berkaitan masalah gangguan makhluk halus, hal tersebut banyak yang perlu dikaitkan dan tidak hanya bergantung kepada symptom lebam sahaja. Cumanya masalah di atas, bukan masalah lebam disebabkan gangguan.

Semoga beroleh manfaat dari ALLAH. InsyaALLAH.

-Ditulis oleh AlFadhil Ustaz Wan Asrul
Next Post Newer Post Previous Post Older Post Home