Kelebihan Berbekam (Hijamah)

Anas bin Malik menceritakan, "Dahulu Rasulullah SAW biasa berbekam pada bahu dan dua pelipis kening baginda." (Sahih Bukhari dan Muslim).

Pada Sunan Ibnu Majah diriwayatkan daripada Ali bahawa Jibril pernah turun menemui Rasulullah SAW untuk mengajarkan bekam pada dua pelipis (kening) dan bahu baginda. Bekam di pelipis kening adalah bertujuan untuk menajamkan penglihatan yang kabur, rabun atau kurang jelas.

Berikut adalah beberapa khasiat berbekam:

  •  Menyihatkan tubuh badan
  •  Mengimbangkan daya ketahanan badan.
  •  Merawat penyakit ghout
  •  Merawat haid tidak teratur
  •  Merawat penyakit darah tinggi
  •  Merawat resdung 
  •  Merawat lenguh-lenguh di badan/ kaki
  •  Merawat sakit lutut 
  •  Menghilangkan keletihan dan penat badan.
  •  Mengeluarkan toksid d idalam badan
  •  Merawat athma/ paru-paru
  •  Menghilangkan sakit urat-urat dan lemah-lemah badan.
  •  Mengurangkan risiko sakit jantung dan tekanan darah tinggi.
  •  Meringankan sistem ‘kerja’ hati, limpa dan buah pinggang.
  •  Membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam darah.
  •  Mengurangkan risiko penyempitan salur darah.
  •  Membantu mencantikkan permukaan kulit dan lain-lain.
  •  Membuang darah bertoksik dan membuang segala gangguan makhluk halus.
  •  Membantu menghilangkan pening dan migrain.
  •  Membantu membuang angin dalam badan
  •  melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
  •  Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.
  •  Membantu memulihkan ketegangan urat leher, urat belikat, urat pinggang dan urat sendi di kaki.
  •  Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
  •  Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tersumbat.
  •  Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
  •  Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.

Rasulullah S.A.W. bersabda :

“Sebaik-baik pengubatan adalah dengan melakukan bekam”

(HR Ahmad, al-Hakim dari Samurah r.a)







Next Post Newer Post Previous Post Older Post Home