MASALAH SENGGUGUT


Masalah utama bagi kaum gadis adalah masalah dismenore atau bahasa mudahnya Senggugut. Permasalahan senggugut ini jika dibiarkan daripada sebelum berkahwin lagi, akan mendorong kepada risiko sukar beroleh zuriat, masalah sista (cyst) ataupun fibroid dan paling utama adalah masalah keputihan yang tidak terkawal. Tidak kiralah senggugut primer atau sekunder.



Hal ini termasuk dengan mereka yang mengalami masalah sembelit, bahanan yang merangkumi penyelesaian secara umum bagi permasalahan di atas, dan khusus bagi masalah rahim serta vagina. Ramuan ini juga sesuai kepada mereka yang mengalami masalah haid yang tidak stabil juga masalah gangguan makhluk halus di dalam rahim.


Ramuan ini diberi nama PERAWAN. Perawan dalam istilah kaum gadis yang menjaga diri luaran dan dalaman.

BAHANNYA (BEKALAN 3 PAGI PENGAMBILAN) :

1) Daun Sirih ( Kalau dapat selebar tapak tangan masing-masing) - 9 helai 2) Kulit Kayu Manis - 7 Batang 3) Bunga Lawang – 7 kuntum 4) Halia Muda – 3 Ulas ( Seulas 3 inci) 5) Gula Batu 3 ketul ( Seketul 3 inci) atau boleh digantikan dengan madu lebah 7 sudu (Selepas bahanan siap direbuskan). 6) Air putih 500-600ml.


KAEDAH PENYIAPKAN :
1) Kesemua bahan direbus dengan api yang perlahan selama 30-40 minit (sebaiknya periuk tanah).
2) Setelah siap direbuskan, bau bahanan ‘naik’, sifat bahanan asal berubah warna (contohnya hijau daun sirih bertukar menjadi kelabu).
3) Ditapis, kemudian diminum sebelum sarapan.
4) Pastikan semasa rebusan, elakkan berbuih-buih (direneh-reneh).
5) Bahanan yang telah ditapis, boleh digunakan semula untuk 2 kali rebusan, lebih dari itu, sinergi bahan sudah berkurangan.

TATACARA MINUM :
1) Diminum sebelum mengambil sarapan. Lazimnya sukatan air selepas rebusan, dari 500-600ml akan surut ke 300-400ml.

2) Pengambilan dilakukan selama 7 hari berturut-turut bagi mereka yang bermasalah. 3 hari berturut-turut bagi mereka yang normal (diamalkan setiap bulan selepas bersih haid)

3) Bagi yang akan melangsungkan perkahwinan, digalakkan pengambilan selama 2 minggu berturut-turut sebelum dari tarikh keramat tersebut.

DOA-DOA YANG DIGALAKKAN DIBACA PADA BAHANAN :
1) Al Fatihah 3x, berdoa pada setiap kali waqaf ayat : 3 (Ar Rahmanir Rahim). 2) Ayatul Kursi 3x berdoa pada setiap kali waqaf kalimat (Wala ya’u dhuhu ….) 3) 3 Qul 1x 4) Surah Al Waqiah : 35-36 (3x).



Mudah-mudahan ramuan dan ikhtiar ini dapat membantu permasalahan kalian, anak-anak gadis kalian atau bakal isteri kalian.



Next Post Newer Post Previous Post Older Post Home