Sakit lutut , Sakit Sendi

Artritis gugat kehidupan normal, beri kesan kepada kemurungan


Artritis bukan penyakit luar biasa ia berlaku pada nisbah satu bagi 1,000 orang di seluruh dunia. Hakikatnya, artritis adalah penyakit radang pada sendi atau tisu sendi yang menunjukkan gejala kesakitan, ketegangan pada sendi dan bengkak.

Lebih daripada 100 jenis penyakit artritis dan yang paling kerap dihidapi adalah osteoartritis berpunca daripada pemusnahan tisu rawan pada sendi. Jika anda mengenali seseorang yang menderita akibat artritis atau anda sendiri menghidap penyakit yang boleh menyebabkan kehilangan upaya, pasti anda tahu masalah sendi yang menyakitkan itu juga membabitkan keradangan sekurang-kurangnya pada satu sendi.

Lebih menakutkan, artritis mampu menjejaskan setiap sendi dalam tubuh manusia. Antaranya adalah sendi lutut, tangan, kaki dan tulang belakang, malah ia mampu menggugat setiap aspek kehidupan manusia.

Kemurungan, tekanan dalam hubungan, tidak berdaya memutar objek, tidak mampu melakukan kerja rumah, berjalan menggunakan alat bantuan dan menyebabkan keupayaan menggenggam atau memusing objek hilang adalah aspek keharmonian kehidupan yang digugat oleh penyakit ini.

Daripada lebih 100 jenis artritis yang dikenal pasti, osteoartritis dan reumatoid adalah paling lazim dideritai pesakit.

Orang muda juga derita

Mungkin ramai beranggapan artritis hanya dideritai orang yang sudah berusia. Bagaimanapun, laporan menunjukkan penyakit itu turut menyerang semua peringkat usia termasuk kanak-kanak dan remaja.

Bagi golongan sebelum berusia 16 tahun, kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun atau kepada bayi, ia dikenali sebagai Juvenile Idiopathic Arthritis (JIA) atau Still’s.

Bagaimanapun, persoalan kenapa ia turut menyerang golongan muda masih belum jelas diketahui puncanya. Ia mungkin terjadi hanya sementara atau boleh jadi kepada peringkat kronik, namun artritis jenis ini berbeza dengan apa yang terjadi bagi golongan dewasa.

Seperti dideritai golongan dewasa, artritis yang menyerang kanak-kanak dan golongan muda turut menjejaskan kualiti kehidupan harian mereka apabila menyerang buku lali dan lutut si kecil, di samping, mengalami kemerahan, bengkak serta kesakitan berpanjangan.

Justeru, ibu bapa juga perlu peka terhadap perubahan pada anak kecil dengan memantau bagaimana bayi mereka merangkak dan berjalan tanpa kesakitan atau tangisan.



Terapi semula jadi

Kira-kira 30 peratus rakyat Malaysia berumur melebihi 65 tahun ke atas lebih berisiko berhadapan masalah sakit lutut yang dikaitkan dengan osteoartritis ini.

Berdasarkan data di negara ini juga menunjukkan, wanita dua kali ganda mengalami masalah artritis berbanding lelaki.

Kajian Program Kawalan Penyakit Reumatik Berorientasi Komuniti (COPCORD) di Malaysia menunjukkan, 23 peratus rakyat berusia 55 tahun mengadu sakit lutut, manakala 39 peratus 65 tahun berhadapan situasi sama.

Kebiasaannya, antara rawatan penyakit jenis ini adalah penggunaan aspirin dan terapi magnet. Walaupun ketika ini tiada rawatan konvensional mampu menyembuhkan osteoartritis dan reumatoid artritis, beberapa kemajuan memberangsangkan sudah berjaya ditemui melalui kaedah rawatan semula jadi.

Malah, pelbagai kaedah digunakan sesetengah pesakit untuk menghilangkan sakit lutut termasuk mengamalkan makan makanan tambahan.

Inilah juga menjadi amalan, John Croft yang mengambil makanan tambahan, Biolane sebagai salah satu rawatan alternatif tambahan, sakit lututnya.

Berdasarkan pengalaman, beliau yang turut menulis empat buku - Life in the Sea; Relief from Arthritis: Deep Sea Shark Liver Oil; Health from the Sea dan Freedom from Disease, berkata individu yang berisiko berhadapan dengan penyakit itu ialah disebabkan peningkatan usia, genetik dan gender.

Katanya, faktor lain adalah berat badan, kecederaan sendi atau melakukan aktiviti bahaya secara berulang kali.

“Antara yang difikirkan berkeupayaan mencegah penyakit itu adalah menurunkan berat badan dan mengelakkan trauma daripada aktiviti seperti aktiviti sukan dan harian,” katanya. 






sumber:
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sakitlutut_sendi/Article/
Next Post Newer Post Previous Post Older Post Home