Artritis gugat kehidupan normal, beri kesan kepada kemurungan
Artritis bukan penyakit luar biasa ia berlaku pada nisbah satu bagi 1,000 orang di seluruh dunia. Hakikatnya, artritis adalah penyakit radang pada sendi atau tisu sendi yang menunjukkan gejala kesakitan, ketegangan pada sendi dan bengkak.
Lebih daripada 100 jenis penyakit artritis dan yang paling kerap dihidapi adalah osteoartritis berpunca daripada pemusnahan tisu rawan pada sendi. Jika anda mengenali seseorang yang menderita akibat artritis atau anda sendiri menghidap penyakit yang boleh menyebabkan kehilangan upaya, pasti anda tahu masalah sendi yang menyakitkan itu juga membabitkan keradangan sekurang-kurangnya pada satu sendi.
Lebih menakutkan, artritis mampu menjejaskan setiap sendi dalam tubuh manusia. Antaranya adalah sendi lutut, tangan, kaki dan tulang belakang, malah ia mampu menggugat setiap aspek kehidupan manusia.
Kemurungan, tekanan dalam hubungan, tidak berdaya memutar objek, tidak mampu melakukan kerja rumah, berjalan menggunakan alat bantuan dan menyebabkan keupayaan menggenggam atau memusing objek hilang adalah aspek keharmonian kehidupan yang digugat oleh penyakit ini.
Daripada lebih 100 jenis artritis yang dikenal pasti, osteoartritis dan reumatoid adalah paling lazim dideritai pesakit.
Orang muda juga derita
Mungkin ramai beranggapan artritis hanya dideritai orang yang sudah berusia. Bagaimanapun, laporan menunjukkan penyakit itu turut menyerang semua peringkat usia termasuk kanak-kanak dan remaja.
Bagi golongan sebelum berusia 16 tahun, kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun atau kepada bayi, ia dikenali sebagai Juvenile Idiopathic Arthritis (JIA) atau Still’s.
Bagaimanapun, persoalan kenapa ia turut menyerang golongan muda masih belum jelas diketahui puncanya. Ia mungkin terjadi hanya sementara atau boleh jadi kepada peringkat kronik, namun artritis jenis ini berbeza dengan apa yang terjadi bagi golongan dewasa.
Seperti dideritai golongan dewasa, artritis yang menyerang kanak-kanak dan golongan muda turut menjejaskan kualiti kehidupan harian mereka apabila menyerang buku lali dan lutut si kecil, di samping, mengalami kemerahan, bengkak serta kesakitan berpanjangan.
Justeru, ibu bapa juga perlu peka terhadap perubahan pada anak kecil dengan memantau bagaimana bayi mereka merangkak dan berjalan tanpa kesakitan atau tangisan.
Terapi semula jadi
Kira-kira 30 peratus rakyat Malaysia berumur melebihi 65 tahun ke atas lebih berisiko berhadapan masalah sakit lutut yang dikaitkan dengan osteoartritis ini.
Berdasarkan data di negara ini juga menunjukkan, wanita dua kali ganda mengalami masalah artritis berbanding lelaki.
Kajian Program Kawalan Penyakit Reumatik Berorientasi Komuniti (COPCORD) di Malaysia menunjukkan, 23 peratus rakyat berusia 55 tahun mengadu sakit lutut, manakala 39 peratus 65 tahun berhadapan situasi sama.
Kebiasaannya, antara rawatan penyakit jenis ini adalah penggunaan aspirin dan terapi magnet. Walaupun ketika ini tiada rawatan konvensional mampu menyembuhkan osteoartritis dan reumatoid artritis, beberapa kemajuan memberangsangkan sudah berjaya ditemui melalui kaedah rawatan semula jadi.
Malah, pelbagai kaedah digunakan sesetengah pesakit untuk menghilangkan sakit lutut termasuk mengamalkan makan makanan tambahan.
Inilah juga menjadi amalan, John Croft yang mengambil makanan tambahan, Biolane sebagai salah satu rawatan alternatif tambahan, sakit lututnya.
Berdasarkan pengalaman, beliau yang turut menulis empat buku - Life in the Sea; Relief from Arthritis: Deep Sea Shark Liver Oil; Health from the Sea dan Freedom from Disease, berkata individu yang berisiko berhadapan dengan penyakit itu ialah disebabkan peningkatan usia, genetik dan gender.
Katanya, faktor lain adalah berat badan, kecederaan sendi atau melakukan aktiviti bahaya secara berulang kali.
“Antara yang difikirkan berkeupayaan mencegah penyakit itu adalah menurunkan berat badan dan mengelakkan trauma daripada aktiviti seperti aktiviti sukan dan harian,” katanya.
sumber:
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sakitlutut_sendi/Article/
DOKTOR, saya selalu mengalami sakit belakang pada
usia menjangkau 25 tahun ini. Adakah saya mengalami osteoporosis.
Adakah penyakit tulang ini boleh sembuh?
JAWAPAN:
Sakit belakang adalah masalah biasa pada semua lapisan umur kecuali
kanak-kanak. Boleh dikatakan setiap orang akan mengalami
sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Jika masalah ini berlarutan,
mereka yang mengalaminya perlu segera berjumpa doktor. Setidak-tidaknya
mereka perlu mendapatkan pandangan doktor berkenaan punca sakit belakang
yang dialami.
Kadang-kadang sakit belakang boleh disebabkan oleh masalah biasa
seperti mengangkat barang, postur semasa bekerja di pejabat dan
sebagainya. Apabila mengangkat barang, ramai yang lazimnya membongkokkan
badan, padahal mereka sepatutnya membengkokkan kaki bagi gerak
mengusung yang diperlukan. Pekerja pejabat pula duduk di meja dan
menghadap komputer berjam-jam tanpa regangan.
SeriusWalaupun penyakit serius seperti kanser dan
jangkitan kuman tulang belakang, jarang berlaku dalam kalangan wanita
muda namun penyakit lain yang juga boleh menyebabkan sakit belakang
seperti batu karang perlu dipertimbangkan. Pesakit juga tidak patut
bergantung kepada ubat penahan sakit kerana ia boleh menyebabkan kesan
sampingan dalam jangkamasa panjang seperti kerosakan pada buah pinggang
dan risiko mendapat sakit gastrik.
Penyakit osteoporosis jarang berlaku dalam kalangan wanita muda tanpa
penyebab lain yang mungkin dialami pada masa sama. Faktor yang boleh
meningkatkan risiko bagi mendapat osteoporosis adalah dalam kalangan
atlet profesional yang menggunakan tenaga pada tahap optimum seperti
pelari maraton, wanita kurang bersenam dan diet kalsium yang rendah,
wanita yang terlalu kurus dan memiliki kerangka tulang badan kecil,
wanita yang mempunyai sejarah keluarga menghidap osteoporosis, wanita
yang merokok, mengalami masalah penyerapan nutrien, mempunyai aras
hormon estrogen yang rendah mungkin disebabkan menopaus pramatang
(menopaus pada usia muda), rawatan kemoterapi dan mengalami kekurangan
vitamin D.
PerubahanSakit belakang secara umumnya dibahagikan
kepada dua kumpulan. Hampir 90 peratus kes adalah dalam kumpulan
'fungsi' iaitu sakit belakang tanpa perubahan dikesan dalam X-Ray atau
Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI). Ramai daripada pesakit ini
wanita bekerja atau berumahtangga. Kebanyakan mereka bekerja dan duduk
di kerusi terlalu lama. Seperti yang saya telah maklumkan bahawa postur
duduk yang tidak sesuai menyumbang kepada sakit belakang.
Satu lagi ciri kumpulan ini ialah mereka yang kurang bersenam atau
aktiviti rekreasi kerana sibuk dengan kerja pejabat dan rumah. Mereka
tidak sihat secara fizikal dan mental. Kepenatan, stres dan sedikit
sebanyak tekanan menyebabkan mereka merasa sakit belakang lebih daripada
orang biasa. Kerja mengangkat benda berat yang jarang dilakukan
mencetuskan gejala sakit belakang yang teruk kerana teknik yang salah
dan kelemahan fizikal.
Dalam pada itu, 10 peratus yang lain menghidap sakit belakang asli
dengan perubahan dikesan dalam X-Ray dan MRI. Kebanyakan mereka
mengalami masalah kemerosotan struktur tulang rawan tulang belakang yang
dikenali sebagai degenerative disk disease dan kadang kala slip disk (prolapse Intervertebral disk).
Disk adalah tulang rawan di antara segmen-segmen tulang belakang. Ia
berfungsi sebagai penyerap hentakan dan membolehkan pergerakan
(mobiliti) tulang belakang. Ia merosot dengan umur iaitu disk kehilangan
kelembapannya. Ini boleh dikesan dengan MRI. Harus diingatkan bahawa
bukan semua disk yang merosot menyebabkan sakit belakang. Ini kerana slip disk
berlaku apabila disk yang merosot, menonjol dan menekan atas saraf
tunjang. Tanda-tandanya adalah sakit belakang yang diiringi oleh sakit
menuju ke kaki dan bawah paras lutut.
Dari pengamatan saya, insya-Allah sakit belakang yang dialami anda
adalah tidak serius kerana besar kemungkinannya disebabkan sakit
belakang daripada kumpulan pertama iaitu 'fungsi'. Sudah tentu sakit ini
boleh sembuh. Ia bukanlah disebabkan masalah osteoporosis. Elok
berjumpa dengan doktor pakar tulang (ortopedik) bagi mendapatkan
pemeriksaan lanjut dan sudah tentu rawatan yang sewajarnya dapat
diberikan.
Kelebihan Terapi YUMEIHO
Terapi Yumeiho bukan sahaja menyembuhkan banyak penyakit, tetapi juga bertindak dengan elok untuk mencegah banyak penyakit dan menghilangkan lelah badan.
Terapi tersebut akan memberikan anda rasa hangat, rasa segar serta nyaman.
melancarkan peredaran darah dalam tubuh, serta melancarkan metabolisme.
mencegah penyakit-penyakit berat. Kerana terapi ini mampu meningkatkan kemampuan penyembuhan diri pada tubuh anda. Memberi kekebalan terhadap hawa dingin.
Boleh membantu meninggikan badan, berkat pembetulan tulang-tulang pinggul, maka kesannya akan memperelokkan tulang-tulang kelangkang, jarak intervetebrata menjadi lebar dan tulang belakang menjadi lurus, dengan demikian boleh meningkatkan tinggi badan terutama untuk anak-anak. Terapi ini boleh menghilangkan kerutan pada wajah.
membentuk dan menegang payudara yang diingini.
boleh mengubati bintik-bintik kecil, ekzima, penyakit kulit pada kaki dan tapak kaki, dan rambut rosak.
membuat tubuh menjadi lentur dan gerakan tubuh menjadi lincah.
memperbaiki fungsi reproduksi/seks.
HARI TERBAIK UNTUK BERBEKAM BULAN OKT & NOV 2013
Sila buat temujanji awal kerana TEMPAT AMAT TERHAD.