MELEGAKAN SAKIT DENGAN RAWATAN SEJUK & PANAS

Sumber: drlucianodiloreto.wordpress.comSeorang pesakit saya telah pergi ke Negara China untuk melancong. Akibat terlalu lama berjalan kaki, dia mendapat keradangan pada kedua-dua buku lalinya. Sendi-sendinya terlalu banyak digunakan dan kurang mendapat rehat. Ini sebenarnya masalah yang kecil seandainya dia tidak pergi melawat tabib Cina dan dirawat dengan merendam kakinya ke dalam sebesen air panas ketika di sana. Ini ialah salah satu cerita yang saya dengar setiap hari dalam amalan saya sebagai seorang ahli fisioterapi. Timbul satu persoalan: Bilakah sebenarnya kita menggunakan ais atau berapa lamakah tempoh suatu kecederaan itu sehingga sepatutnya dirawat dengan haba?

Sebelum kita pergi lebih lanjut, marilah kita bincang bagaimana tubuh badan kita menangani kecederaan, atau khususnya keradangan yang mempunyai ciri-ciri seperti rubor (kemerahan), tumor (bengkak), calor (hangat) dan dolor (sakit). Ini salah satu mekanisme pertahanan semulajadi tubuh kita untuk menangani kecederaan. Ianya satu perkara yang baik. Misal kata, anda terluka di lengan, saraf yang terlibat menghantar isyarat “sakit” ke otak akan diaktifkan dan memberitahu otak bahawa ada kecederaan berlaku.

Sepertimana luka-luka terbuka biasa, bakteria akan mula masuk dan menyebabkan jangkitan. Untuk menghalang ini daripada berlaku, tisu-tisu sekeliling luka itu akan membengkak untuk menjadi benteng, diikuti dengan pertambahan aliran darah ke tisu yang cedera. Ini menyebabkan kemerahan dan rasa hangat. Proses ini digelar kecederaan akut dan mengambil masa kira-kira dua hari atau lebih, bergantung kepada keparahan luka atau jenis sakit yang dirasa; sakit yang tajam. Jika sakitnya tumpul atau sengal-sengal selepas tamat fasa akut, ini petanda kecederaan tadi tidak sembuh sepenuhnya dan tisu parut telah menjadi masalah pula. Ini dinamakan kecederaan kronik.

Sekarang kita sudahpun tahu bagaimana badan kita bertindak ketika berlakunya kecederaan, mari kita bincang bagaimana badan kita menangani perubahan suhu tinggi dan rendah. Apabila kita hangatkan tubuh, salur darah akan mengembang, menambahkan aliran darah dan menjadikan tisu lembut lebih lentur. Ini menenangkan tubuh dan mengurangkan rasa sakit. Jika rawatan sejuk dibuat pada badan, haba akan dipindahkan dari tubuh kepada ais, lantas menyejukkan tubuh. Bergantung kepada selama mana pendedahan kepada ais, rasa kebas akan timbul. Pendedahan kepada ais terlalu lama, terutamanya apabila sentuhan langsung kulit dengan ais akan menyebabkan reput fros, ertinya tisu akan mati.

Maka, gabungka/sendi sekelilingnya terasa lebih kaku daripada normal, bolehlah gunakan terapi haba. Contoh terapi haba termasuklah mandian panas, pek panas, krim hangat dan lampu hangat. Masa maksimum penggunaan ialah purata 20 ke 30 minit dan sentiasa dilapik kain nipis untuk mengelakkan kelecuran. Jin dua teori mudah ini, kita akan mula faham penggunaan haba dan ais untuk merawat kecederaan. Sentiasa letakkan ais DAHULU kepada kawasan kecederaan, dua kali sehari dan tidak lebih 20 minit setiap kali dengan lapik kain nipis untuk kira-kira seminggu Apabila kawasan kecederaan telah hilang merah, bengkak dan sakit yang tajam; dan tisuka digunakan dengan betul, rawatan sejuk dan panas bertindak mujarab ke atas kecederaan kecil (‘minor’) dan mengelakkan sakit yang lebih teruk. Sila berjumpa doktor jika sakit tidak sembuh atau bertambah teruk.

Encik Jonathan Goh ialah seorang ahli fisioterapi yang bertugas di Sarawak. Beliau sangat bersemangat meningkatkan kesedaran awam tentang isu-isu penting seperti osteoarthritis. 
Artikel ini diterjemahkan oleh Azizul Ismie Mohd Puad


Sumber: drlucianodiloreto.wordpress.com
  CREDIT TO : http://www.mmgazette.com
Next Post Newer Post Previous Post Older Post Home